can u see.??

can u see.??
penat .

Thursday, December 30, 2010

HeY LADIES.



salam...

hampir 1 minggu x on9.
bnyak sngt la benda yg berlaku kn.



:)



sini. aku nk ckp satu benda.
utk diri sendiri dan wanita2 di luar.
sile jgn lemah.!
terutama dlm soal hati.! cee..macam la aku hebat kn.

hurm.. tolong la jgn jd lurus bab2 hati.

jangan tewas.!
jgn mudah jatuh ngan kata2 lelaki yg berbunga2 itu.!


pendek kata ..xyah layan la.
kalau laki tu lelaki yg baek, dye xkan ganggu la dgn ayt bunga2 itu.
sekarang aku dah jumpe laki yg 'menggedik'.
maaf. mmg aku xsuke sikap lelaki seperti itu.
tp ingat..jgn benci lelaki pulak yew.
ade yg baek. hurmmm..

benci ngn sikap lelaki yg 'menggedik'
bla bla bla...............

mungkin belum terkena kat batang hidup sendiri.
tp.. aku ambil pengajaran dr ape yg berlaku pd seseorang.
harap x kena pada diri sendiri dan kalian.
waspada. hati2. jaga diri.
dengar ckp mak ayah .
kalau mereka x stuju. x restu. JANGANLAH cari pasal.
lupekan je laa.
bnyak dah aku tengok kes2 mcm ni. mybe aku x bnyak ckp.
tp aku mendengar dan melihat org di sekeliling.

.......................................................................................................................................


hari tu , ade la tngok SOAL ASYRAF kan.
best gak dye tu. imam muda kn.
comel je.
sejuk hati mak bapak dpt anak mcm tu kn.

dlm soal asyraf tu, kebetulan sentuh pasal remaja..cinta..
aku x dngr sngt sbb bising time tu.
tp ade satu ustaz tu ckp.
cinta lepas kawen sngt indah. lebeh kurang la.
yg paling penting, bertunang bukan tiket nk buat bnda2 yg x sepatutnye.
aku rase kan, bab2 tunang ni..mmg sngt 'normal' dah.


sekadar gmbar hiasan. :)


hurm..mybe mmg susah nk jage. tp usahakanlah.
bab kate ustaz, bile nk kuar mesti ade mahram,especially dr pihak perempuan la kan.
yg terbagus parents la.either one.
kalau x mampu adik ke abg ke. dll.
tp skrg mmg da 'normal' org brtunang kuar ber2.
mmg betul pun.
walaupun myb, org brtunang x buat benda jahat,
tp takut kurang or hilang keberkatan la dlm perkahwinan tu.
hurmmm






nasib diri sendiri belum tentu pada masa hadapan.

harap2 x jadila benda2 yg x elok pd kite semua.



.nyte.

.salam.







Friday, December 24, 2010

uJub...



ujub?
pertama kali aku dengar mungkin time sekolah dulu.
ujub=rasa kagum dgn diri sendiri='perasan '

beza dgn riya' --> riya' bila beramal dgn manusia dan ketika adenye manusia.

tp ujub boleh wujud di hadapan yg laen atau ketika kite sendirian.

Nabi saw bersabda,maksudnya:

"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dgn memakai baju dan rambut yg disikat menyebabkan dia rase kagum dgn baju dan rambutnya (perasan lawa),Lalu Allah menenggelamkannya ke dlm bumi dan dia terus ditenggelamkn sampai hari kiamat."

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.


Kita mmg digalakkan memakai dgn cantik tetapi dilarang utk berasa kagum dgn diri sendiri,tetapi hendaklah melihat & mngingati Allah yg mmberi nikmat.


Ingatlah manusia yg sering rase kagum dgn diri sendiri.

* rupa paras yg cantik

* pakaian yg cantik dan mahal

* bilik atau rumah yg besar dan cantik

* petah berhujah

* kenderaan yg mahal

* skill yg mantap dlm game

* cemerlang dlm exam...dll



Ingatlah segalanya hanya dr Tuhan, jadi..kagumlah dgn Allah, bukan diri sendiri.





peringatan buat diri sendiri dan yg laen. :)





bnyak benda tak tahu


xreti2....
erm.. setelah berthun2 gune internet.
still x tahu nk download youtube.
sedeh betol!
apehal aku xreti2 ni.
dulu rase mau je nk download.
skrg lnsung x boleh.




Tuesday, December 21, 2010

kek COKLAT MOiST. ♥♥♥



Kek coklat moist

Bahan-bahan

1½ cawan tepung gandum

1 cawan susu cair

1 ½ cawan gula pasir

1 cawan serbuk koko

1 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh esen vanilla

3 biji telor

1 buku mentega buttercup

Cara membuat

Ayak tepung, serbuk penaik, koko dan soda bikarbonat

Cairkan mentega. Setelah ia suam, masukkan susu cair.

Pukul telor dan gula hingga kembang. Then, masukkan adunan mentega dan susu secara selang seli dgn tepung yg diayak. Kacau sebati.

Sediakan acuan yg disukai dan tuangkan memenuhi 2/3 bekas. Kukus selama 45 minit. (biase kukus lame 2-3 jam)



Sunday, December 19, 2010

HATI manusia laen2.


semalam. berlaku la satu peristiwa di pagi subuh yg hening ditemani hujan.
benda tu x pernah berlaku kt aku sebelum ni.
jd aku agak gubra la.
tp aku cube bertindak bijak.

aku dpt 1st call dr sumone.
then jumpe si sumone tu.
aku sngt2 la bersangka baik ngn dye.
aku rase gembira dan senyum je.
nak balik rumah dgn sng hati.
tp otw balik ke rumah. aku dpt mesej dr dye.
yg buat aku rase xsedap hati.
tp xpe.
then. next aku call dye.
n dye pun mesej aku lg.
cara dy bertindak seolah2 xpercaya aku.
dan seolah2 aku ni penjenayah.
aku sedeh sngat.
RALAT.! TERKILAN. !
aku cube buat baik kt dye.
brtanggungjawab pada dye.
kalau aku jd dye. berada di pihak dye.
aku dan ahli keluarga aku yg laen aku bersikap lebih terbuka.
lebih prihatin.
lebih berperikemanusiaan.
sebab kite same2 manusia. student.
tp nmpaknye laen pulak dgn dye dan familynye.
FINE. bukan semua manusia same.
tp please la jgn bertindak seperti kalian x percaya ngn aku.
aku ni kalau jahat mane pun xkan dpt lari mane la.
kite same2 study d tmpat yg same.
aku xsuke dan xnak cari musuh.
so boleh x settle cara aman daman.?
kenapa nk sulitkn keadaan.
WHY?

aku SEDIH RALAT TERKILAN.!
x percaya kalian begitu.
IM SORRY ok.

ape yg aku dpt dr peristiwa ini.
bukan semua manusia same.
walaupun aku bersngka baik ngan orang, aku perlu lebih hati-hati...
supaya org x ambil kesempatan atas aku.
xpijak kepala aku.
aku jugak belajar agak bijak dan berani dalam selesaikan masalah.



baru kini aku sedar.!


rambut same hitam , HATI LAIN2.







Tuesday, December 7, 2010

tahun BARU .


hari ni satu MuHARAM.
kan.?
jadi aku sngat berharap aku akan mulakan langkah baru.
jd ape.? ntah. aku x sempat nk fikir.
tp yg pasti mesti nk jd lebih baek kan.

aku ni bukan baek sngat.
yg dpt puaskn hati semua org.
aku x pndai nk bermanis2 kata atau muka 24 jam.
aku nk minta maaf la kt korang kalau aku ni buat salah ke.
buat masalah ke.
merimaskan ke.
mnyusahkan ke.
membebankn ke.
menyemak ke.
:(

sorry.

aku tahu. ade je kan yg x suke aku.
maaf.
aku bukan sempurna.
aku bukan baek pun.

aku nk berubah.
terutama peranan sebagai anak dlm keluarga.
dan hamba Allah.

aku ni teruk la.
buat malu je.

aku perlu sahabat yg dpt tegur aku.
bile aku buat salah.

setakat ni aku bersyukur.
masih ade gak sahabat2 dan kakak2 yg baek kt sekeliling aku.

at least aku x rase keseorangan sngat.

aku nk melahirkan.

NEW me.

nazhatul shima zolkefli


...................................................................................................................................




....SALAM MAAL HIJRAH....






WAJIK

cakkk...!

khames ni masak wajik.!

ni resipi.

WAJIK

Bahan-bahan

1 kg beras pulut

250g gula pasir

750g

Gula Melaka

500ml santan pekat

200 ml air

Cara membuat

Pulut direndam selama 1 min kemudian dikukus (30 min)

Sejukkan pulut yg telah dikukus selama 3 jam.

Masak gula Melaka dalam 200ml air hingga cair dan tapis

Campurkan santan, gula Melaka, gula pasir, Masak hingga pekat

Masukkan pulut kukus, kacau hingga rata.

Bila sudah kering bolehlah diangkat dan masukkan dalam acuan.







Ooke. Save here.

So. Kalau hilang xde la gelabahhh..

:)






Sunday, December 5, 2010

5 disember.

hari ni 5 disember.
eyh! ade kenduri kt melaka.
haiyaaa... nggak bisa pergi . :(
hurm.cinta ku tertinggal di melaka.
ahaaa..

kt umah. ni.. keje bnyak gak.
tp masih boleh on9 la.
kalau xboleh tu.. mmg sngt2 bz la.
tp xpe. ade mase lg.
hari ni bnyak kena bebel.
runsing nk kenduri.
ahhh.. byase la tu.

hurm. td dok gubah bunga. nk tmpal kt dinding.
mak oi. susahnye nk gubah.
mak pun dah pening.
pastu mak ckp. 'ha, ma punye elok sikit dari mak..ubah la skit yg mak ni'
hurm. mak byase jarang mengalah tetibe dy ckp mcm tu.
aha..lawak.
pada hal. aku nye pun burok. berterabor je.
then baru mak terfikir nape x gune tmpat cucuk yg kaler hijau tu.
aku pun.. ha.. tu la mak.. :)

mak pun keluar la beli bnda tu.
then aku.?
ah.. kena sapu daun kering kt luar.
ade ke kul 3 lebeh menyapu..
hurmm. takot hujan ptg sat gi. :)
sapu2... pap.! jumpe katak mati.
wekkk..mmg busuk. geli tp cepat2 sapu xnk berdiri kt citu lame2.
hampir nk selesai. toink! ade lg katak.
melompat2...uihhhh.. geli.
xtahan dah ah.. geli...
nonono..
then panggil bik minta tolonnngg setel kan.
dah xsanggup nk berdepan katak.
haa....

sebenarnye aku suke gak wat bnda2 ni.
tp xsuke bile org terlampau suruh2 .
jd malas.
and ade gak mood2 nyeww
xyah suruh oke. aku nk aku buat la.
haaa...
nk suruh.boleh. tp jgn menzahirkan "suruhan" itu.
ahaa...
ngade2 betul la nazhatul shima ni.

hurm.
lagi nk buat ape yek.




tunggu mak balik.







Saturday, December 4, 2010

sensitif. ini tidak patut.


assalamualaikum.

hi. hello.



hurm.pernah x korang rase seperti ape yg aku rase skrg.

tak tentu hala je. aku ni sensitif la pulak

kalau bab yg berkaitan ngn dye..mesti aku jd sensitif.

xpatut ah.

oh no.aku rase aku selalu tipu diri sendiri.

kalau ngan dye aku buat mcm xde pape.

pade hal.aku slalu terase hati.

Ya Allah.

ampunkan aku.


jujur.aku syg glew ah kt dye.

mungkin dye xrase pape kot.

oh.engkaulah kawan aku.




hari ni aku nak tengok conan. malas nk sensitif lebih2 . kan.







Thursday, December 2, 2010

KISAH BENAR : Rintihan seorang lelaki


Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.


Nabi Muhammad bersabda :
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini. Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan sampai sebegini rupa tetapi apa yang pasti email di bawah adalah sebuah kisah benar yang saya petik dari email saya.

Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Sept 2007
23 Syaaban 1428 H
Berikut adalah emailnya :-
__________________________________________________________________________
Assalamualaikum,
(minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).
Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..