can u see.??

can u see.??
penat .

Saturday, October 30, 2010

putus cinta


Terkadang Allah memutuskan cinta kita sesame manusia

adalah untuk menyambung cinta kita denganNya...



Thursday, October 28, 2010

peLiTa :

sharing is caring

Abu Bakar As-Siddiq berkata: GELAP ada 5,PELITA nya 5.


  1. Cinta kepada dunia adalah gelap. Pelitanya adalah TAQWA
  2. Dosa adalah gelap. Pelitanya adalah TAUBAT
  3. Kubur adalah gelap. Pelitanya bacaan Laailahaillallah Muhammadurrasulullah
  4. Akhirat adalah gelap. Pelitanya AMAL SOLEH.
  5. Jambatan di atas neraka adalah gelap. Pelitanya adalah YAKIN. ( yakin pd Allah. yakin adanya syurga & neraka dan beriman kpd perkara yg ghaib serta tidak ade keraguan padanya.)


Wednesday, October 27, 2010

sayang awak!



mimi azila.
awakla penjaga hatiku.!

baru je tadi aku rase sayu sebab sepi dan sunyi.
rindu.
tatap gambar dye
then terpk nape dy g jaohhhh sngatt
then telefon berbunyii
name mimi muncul kt screen
tahu x betapa gembira dan berbunganye hati aku ni.!
Ya Allah.
syukur alhamdulillah.
kerna kurniakan seorang sahabat yg amat aku kasihi.
tengss mimi

iluvu.




Tuesday, October 26, 2010

bedah B.U.K.U



DEAR My BELOVED GIRLS..


WHO IS THE USTAZ????
USTAZ FAUWAZ FADZIL

Graduan dari Cairo, EGYPT ( sama seperti Khairul Azzam KCB)
Banyak Menghuraikan Pemikiran Imam Al-Qardhawi
Dari segi Hukum dan Maksud
Seorang pelajar ilmu yang ingin mencari mutiara-mutiara ilmu hingga ke penghujung nyawa.




TO BOYS...kalian jugak dialu-alukan



keberkatan wanita


  • cepat perkahwinannya .
  • cepat kehamilannya .
  • ringan maharnya (mas kahwin) .


love to be a girl



Saturday, October 23, 2010

FARHANA oh FARHANA

ni awk yg bagi.

saye RINDU puteghi.
sory PUTERI FARHANA.
sebab x dpat sebut name awk dgn baek.

puteri.tahu x. k rindu glew kt awk.
sebab awk seorang yg sangat lucu dan rendah diri.
always make me laugh
u know?

ni awk yg tuleh kt sarung bantal.ingat.??


hope awk happy selalu.
teruskan menjadi seorang yg ceria dan gembira.
i believE.
awk menyebabkan org di sekililing awk bahgia dan ceria.
because of... U..
U are KIND n SWEET.~





Friday, October 22, 2010

im OK..


sebelum tido,izinkan aku tulis cikit.
suke hati la kan.?
ni blog aku

2-3 hari ni sensitif pulak.
ntah laa.cepat pulak rase sedih.terharu.dan..mcm2 lg.
betapa aku bersyukur dikurniakan seorang kakak dan juge sahabat
siape dye?
RAIHAN.
maaf.itu namenya.
tp aku panggil kak rai,sebab dy lebih tua dr aku.
aku sedih ni.
nak balik umah..
ermm.sabar. next week balik ye.
rase agak lega bile dah TERluah td.
mmg emo kejap td.

myb.aku dh boleh ckp.

emm..aku oke.
thanks kak rai.


Thursday, October 21, 2010

MEMBACA.

bace buku..??


nazhatul shima!
tanamkan dalam diri untuk membaca
H.U.R.M.
minat membaca buku aku semakin hilang...
kalau dulu suke sngat bace.
shima..bace.bace.bace.
latih diri minat membaca.dgn tuluS.


SEMANGAtT dan USAHA perlu ade.
utk berubahhh..



TIDAK MAHU.


ok. no ye.
aku tidak mahu.dan aku tidak berminat.
AKU TAKUT
aku ade parents.
aku ade family.
aku ade sahabat.
DAN...
aku ade DIA.

tak perlu couple.
jage hati.
simpan baek2.
oke nazhatul shima?
oke. :)



tidak boleh.!


no way.!


no n no again!


kenapa tidak boleh..????
HARAM
wahai sahabat yg dsayangi.
jom bebas dari 'couple'
no need lah.


p/s: sayang mak ayah.



Wednesday, October 20, 2010

20102010

20102010
cantiknye tarikh hari ni.
semoga hari ini menjadi indah seperti tarikhnye.!

sesiape yg menyambut besday hari ni..
selamat hari jadi.!

ni kalau tarikh org kawen mmg bes ni

sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah..

ni lagu aizat.

# i miss her.

Friday, October 15, 2010

haa..siape C.A.N.T.I.K.?

salam..

mari sini saye share something.

i got it from iluvislam

...........................................................

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.

Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?

Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.

Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.

Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa,the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!

Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.

Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.

Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.

Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.

Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.

Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.

Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.

Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.

Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.

Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

Thursday, October 14, 2010

lesen

ermmm. terfikir sejenak. nak amek ke lesen moto.
hakikatnye takot.
so how? aku rase duk kt utp ni memerlukan kenderaan.
sejak aku kena chikugunya dulu..adoii.. selalo sngt sngt sakit kaki.
lenguh2.. sebab trlampau penat gune kaki. byasenye kaki la yg sakit.
oke fine. kena pasrah. sebab nikmat sihat tu,bukan hak aku.


abeh je spm.aku amek lesen kete.mujur lepas. :)
suke ah time pass tu.. rase nk senyum lebar.
sbb aku xsuke g belajar mandu. xde kwan. ceittt..cam ape je.
ermmm..but nk dok cni.nk bawak kete. no way la..xde duet.
huuu..~ kalo moto tu myb parents mampu nk tolong.
sebab kecyan kt anaknye yg selalo sakit2 ni kan..
masalahnyeee..anak nye xreti.takot nk bwak moto.
ate..mcm mane nk amek lesen..
kt umah pun xde moto.
ayah,abang,kakak...sume x bwk moto.
so perlu cari dan simpan keberanian nk belajar bwk moto.
kalau aku dah berani.aku belajar laaa.
L dan P moto..plez wait for me..

Wednesday, October 13, 2010

halwa telinga..~


tetibe aku trfikir..dah lame glew xlayan lagu.
kalau dngr kt laptop pun..dengar gitu2 je.


so.. nk layan lagu la 2-3 hari ni.
kalau sempat la.
nak hilangkn stress..

Tuesday, October 12, 2010

puisi utk wanita.. so SWEET.~

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya.


Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah



"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"


wow.. so SWEET..suke jadi wanita. tp bukan senang kan.