can u see.??

can u see.??
penat .

Thursday, May 28, 2015

KEHAMILAN ANAK PERTAMA

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh aku tak berblogging kan !

busy sungguh menjadi isteri yang bekerja dari rumah... chewahhh !

now lagi busy, dah ada baby :)

Sungguh, ingin aku kongsikan sedikit pengalaman mengandung anak pertamaku
.
.
Ketika itu, aku berkeja di sebuah kedai tudung. Kerja aku layan customer di Facebook dan membungkus tudung yang terjual. Yang walk-in pun aku layan bersama staf yang lain. Ini pengalaman baru bagi aku. Tiba tiba, aku asyik sakit perut, macam senggugut, tapi tak rupa senggugut. SUSAH nak explain ! hahaa.. Then, suami cakap, jangan tumbuk2, mana tahu ada baby. To be honest, aku pun ada perasaan mcm tu. mmm..Maybe ada baby. Tapi aku tak nak happy sangat, takut kecewa pulak. sobsss...


Tapi, bila rasa macam lambat juga period, then aku dan suami pun bercadang beli alat Pregnancy Test . Walaupun digalakkan menggunakan alat tu pada waktu pagi, tapi dek kerana tak sabar sabar sangat, Maghrib terus cuba. Alhamdulillah, DOUBLE LINE :) Tak sangka aku dah jadi seorang MAMA. Syukur yang amat.

Maka bermulalah JOURNEY seorang ibu hamil. Bangun pagi, uwek uwek.. Muntah. Then cepat rasa nak pitam, Pernah juga aku pitam di Pejabat Pos Malaysia. Yang paling menyedihkan, aku tak tahan bau suami sendiri. KESIAN suami aku. Kadang2 , ada bau yang pelik masuk dalam hidung ni. Contoh hari tu, rasa macam bau air kencing kucing. memang tak tahan. KUAT nyeee.. suami layankan ajeeee.. MOP satu rumahhhh.. Bila tanya ada bau tak? katanya tak ada. hahaaa..

Suatu hari saja ajak suami jalan jalan IOI, nak banyak berjalan supaya mudah bersalin. Tapi rasa lemah yang amat. Rasa SESAK NAFAS YANG AMAT.!!! ini memang aku tak tahan. Sentiasa ada kipas bersamaku bila aku rasa sesak. Kipas tu, anak buah aku suka, asal nampak je sebok je nak main. Tapi aku kena WASPADA ! Jangan tertinggal. nanti aku yang seksa. huhu

Aku yakin, tiap orang pasti ada pengalaman mengandung masing masing kan.

Aku doakan , mana yang masih belum dikurniakan zuriat, agar diberi kesabaran dan ketabahan. Allah sebaik-baik perancang. InshaAllah, one fine day, ada zuriat untuk korang. Ameen Ya Rabb.

Doakan anakku Nabila Wafa menjadi anak yang solehah ya :)

selamat malam semua.

IKHLAS DARIKU,
shima @falahmufeeda :)