can u see.??

can u see.??
penat .

Wednesday, October 7, 2020

KEBAIKAN DAN MANFAAT MUSTANIR JAMU RATU MALAYA

 MUSTANIR merupakan makanan alternatif rawatan untuk pelbagai masalah atau sakit kronik mahupun am


Ramuannya berasakan daripada 71 bahan terdiri daripadan makanan sunnah dan herba yang terpilih





Bacaan AL-Quran dan kaedah rawatan cara ruqyah beserta doa dibacakan dengan memohon pertolongan dari Allah SWT agar memberikan shifak iaitu kesembuhan melalui produk Mustanir untuk membantu merawat dalam masalah kesihatan





Bahan herba Mustanir mengandungi mekanisma antioksidan, antitumor, antikanser, antiradang dan banyak kebaikan lain untuk membantu masalah kesihatan anda


PENYAKIT KRONIK

Bahan aktifnya membantu meninggikan system ketahanan badan

•Alternatif untuk penyakit kanser

•Kencing manis dan darah tinggi

•Menstabilkan kesihatan jantung

•Mengurangkan masalah gout

•Masalah pundi kencing/prostate

•Mengatasi bengkak hati hepatitis A & B

•Merawat sakit sendi dan sengal tulang

•Kurang darah dan anemia

•Asma / penyakit lelah / semput

•Buah pinggang

•Mencegah leukemia

•Mencegah tumor

•Masalah strok / angin ahmar

.

PENYAKIT BIASA

•Menurunkan kadar kolestrol

•Melancarkan peredaran darah

•Merawat gastrik

•Mengurangkankan kerap sakit kepala

•Mengurangkan migraine

•Demam/selesema/batuk

•Merawat luka kemalangan

•Mengurangkan kejang/kebas badan

•Sakit tekak dan tonsil

•Merawar ulser mulut dan perut

•Mengurangkan bengkak nanah

•Memulihkan mabuk/angin dalam badan

•Mengatasi keracunan

•Mengubati radang

•Melegakan cirit-birit




MUSTANIR RM120

BOLEH WHATSAPP πŸ“²013-5919697 UNTUK KONSULTASI & BELIAN

POSTAGE SELURUH MALAYSIA 

JRM PETALING JAYA

Royal V minuman hormon untuk wanita


Bagi pengguna Jamu Ratu Malaya, mungkin sudah terlalu biasa mendengar Royal V. Namun, bagi mereka yang baru sering tertanya-tanya apakah kelebihan Royal V yang sering disebut-sebut Bonda Rozita Ibrahim ?

Royal V ialah minuman HORMON untuk wanita

Bonda Rozita Ibrahim mencipta formulasi dari bahan alami bukan sintetik yang memberi rangsangan dan seimbangkan hormon. Kita mesti cantik dalaman dan luaran sepanjang usia. NAK CANTIK KENA JAGA HORMON ia adalah nadi kehidupan.

Namun fokus utama ialah KESIHATAN !



Royal V sebotol berharga RM60

Bagi mendapatkan Royal V, anda boleh whatsapp 013-5919697

Kami menyediakan penghantaran ke Seluruh Malaysia 


JRM PETALING JAYA

πŸ“²013-5919697




Tuesday, October 15, 2019

Pengalaman memasang Pendakap Gigi @ Braces pada umur 28 tahun


Assalamualaikum.. hai semua

Semoga yang sedang membaca ni belum pakai braces laaa.. hehe.. so anda semua sempat la tukar decision jika perlu πŸ˜‚

Jangan takut, jangan salah faham. KALAU BACA SAMPAI HABIS INSHAALLAH FAHAM.. Hehee

Okay... sebenarnya dah lama ada niat nak pakai braces since form 2 rasanya.. gigi senget benget tak teratur. Mulut kecik tak cukup space . Berulang alik dari asrama MRSM lenggong ke Klinik Gigi Kuala Kangsar. Hmmmm.. tapi hampeh tiap kali pergi asyik kena cuci gigi.. tak buat pun braces. Saya dah la tinggal asrama. Lepas tu fed up dah πŸ˜‚

Then masuk lagi asrama alam university.. mak tanya nak buat ke. Saya cakap malas la.. cakap muka sendiri dah lawa.. haha perasan teruk. πŸ˜›

Sekarang dah kahwin anak 3.. umur 28. Perhati je gigi ni.. makin terukπŸ˜•nak sembang dgn orang makin segan.. rasa eee annoying je gigi ni.. dah terfikir mesti ada yang meluat tengok gigi ni bila bersembang! Huwaaaa.. stress.. makin dibiar makin teruk rasanya

So agak2  anak ke3 dh besar sikit around 6bulan macam tu nekad la nak pakai braces
So mula la survey harga dan service. Saya tinggal di PJ. Kampung Perak. Survey both area.. memang Perak la menang dan murah !! #Firstmistake πŸ˜‚πŸ˜‚

1) Pergi Klinik , dentist briefing macam mana procedure pakai braces.. kena XTray dulu, buat mould. Dentist anggarkan kena buang 4 gigi sebab ruang terhad πŸ˜…

2) Then bermula la fasa mencabut gigi.. mula2 2 batang gigi atas dan bawah belah kanan

3) next, buang lagi 2 batang gigi atas bawah belah kiri

4) Braces ON!!



Okay ini la rupanya bila pakai braces.. hmmmm.. malu nak share. Tapi saya dulu pun asyik google nk tengok rupa orang lain☺

SAKIT KE PAKAI BRACES?

Ok. First! Make sure sebelum pergi klinik , makan sampai kenyang. Kalau blh kenyang yang mampu berpuasa gituuu..hehe so lepas pasang braces, takde la kelaparan huhu

Time dentist tengah buat tu, tadah je mulut dan nganga. Seriously tak sakit langsung. Dalam sejam untuk pasang Braces. Repeat: TAK SAKIT. Hehee

Habis tu, bila balik dalam 2 jam lepas tu slowly rasa sakit. Ahaha.. tapi jangan la risau. BEARABLE punya sakit. Cuma tak boleh makan yang keras. Hari pertama better go for bubur atau nasi lembik. Lauk ikan atau telor yang tak garing.. biar lembut je.

Biskut pun tak boleh gigit. Bahulu pun tak boleh. Nama je gigi besi. Huhu.. kalau nk makan juga cicah dulu dalam air biar nanti melting je dalam mulut

Dah pakai baru tahu tak bestnyaaa. Mulut rasa berat dan susah nak makan ! Untuk orang kuat makan macam saya ni memang 1 penyeksaan huwaaaa...

Lepas makan, dalam mulut memang bersepah so wajib berkumur dan gosok gigi ! Makan pun biar lah sopan santun. Nanti tercucuk dawai besi tu sakit.

Saya dah seminggu pakai braces ni. Sakit gigi dah berkurang.Awal dulu rasa tegang je. Gigi pun rasa nak tercabut.. huhu.. sekarang memang dah berkurang. Cuma still part nak makan tu la. Tak best. Tak boleh guna gigi depan. Tengah wondering.... kalau 2-3 tahun pakai braces memang tak boleh guna ke gigi depan😬

Tadi goreng ayam KFC , makan slow2  je. Serious rasa tak puas. Hmmm.. nak buat macam mana. Kena hadapi juga.

So, saya nak share point penting buat anda yang BERCADANG NAK PAKAI BRACES πŸ’›

1) Jika anda masih single, better do now -- sebab kalau dah kahwin, anak 3 macam saya, kecik2 pula semuanya sangat mencabar. 3x dah anak2 "terkam" mulut saya tau. Sakit gilaaaa!😭 hari ke3 bracket sampai tercabut. Hmm

2) Pilih Klinik yang mudah dan dekat untuk anda ulang alik ! ----- sangat sangat penting! Sebab kalau bracket tercabut ke, nak pasang kan senang pergi ke klinik tu. Percuma je selagi ada bracket tu laaa.. ni la penyesalan ku di hari pertama pakai braces. Sebab baru tahu tak semudah mana pakai braces. Asyik survey yang murah je. So pilih buat di Kuala Kangsar.. sebab memang tiap bulan balik kampung so not a big deal utk komit appointment klinik. Rupa2 nya kalau berlaku kes bracket tercabut or loose kena pi klinik yg sama. Baru la takda charge lain. Ni kalau berlaku di PJ , kena pergi klinik gigi lain mesti la kena bayar. Sapa nk bg free kan. So sila fikir betul2 k

3) MAKAN KENYANG2 sebelum jumpa dentist -- tak kisah la nak cabut gigi atau pasang braces. Isi tangki perut kasi full..sebab lepas tu mungkin akan rasa susah nak makan.moody. at least perut dah ada isi. Bayangkan kelaparan + struggle mengunyah nak makan. Terseksa tau!

4) Sedia mental dan fizikal -- sebab lepas pakai braces ni rasa macam kurang berseri sikit. Mulut macam jongang ke depan. Tambah2 di permulaan journey pakai braces. Nak tutup mulut kasi rapat pun susah. Sedih wehhh.. segan nak jumpa orang. Segan nak jumpa customer ..malu malu. So bertabahla sampai dah adapt, dah selesa dengan braces, lama2 ok la sikit kan


Nanti saya akan share pula berkaitan Braces lebih detail k. Sekarang ni sebok memanjang. Anak perlu perhatian. Hiiiii..

Kalau nak tanya silakan komen di bawah. Kalau baca, saya cuba jawab k.
Bye ! 😊

Nazhatul Shima
Pengedar Jamu Ratu Malaya JRM Petaling Jaya
013-5919697

Thursday, August 1, 2019

Jamu Ratu Malaya Petaling Jaya

Assalamualaikum

Di sini saya ingin maklumkan bahawa saya merupakan Pengedar sah Jamu Ratu MalayaπŸ’š

Lokasi saya berdekatan Jalan Klang Lama Petaling Jaya.

Jika anda pengguna JRM dan ingin mendapatkan produk secara langsung,boleh hubungi saya secara :

WHATSAPP 013-5919697 (shima)

Kawasan COD: Taman Medan, Taman Sri Manja, Kinrara-Puchong, Bangsar, Pantai Dalam, Bandar Sunway, Subang Jaya, KL Sentral dan yang berdekatan

Sebahagian rangkaian produk JRMπŸ’‹

Jangan malu untuk hubungi saya bagi mendapatkan info berkaitan produk dan konsultasi 😊

Saturday, March 23, 2019

Baby 36 hari berkhatan

Assalamualaikum... Ini la posting pertama untuk tahun 2019 πŸ˜€

Alhamdulillah..saya dah selamat bersalin anak ke-3 19 Januari 2019 yang lepas.. baby boy dan nama yang diberi Muhammad Aiman bin Mohd Izwann 😘

So kami decide nak khatankan Aiman ketika kecil. Kalau tak kuat nangis time pantang laaa.. so terus tanya nurse di tempat saya bersalin, Klinik Dr Raoofah di Jelapang Ipoh. Katanya boleh kalau baby sebulan

Klinik sediakan perkhimatan khatankan baby setiap hari Sabtu. Dr Raoofah dan Dr  Amir yang akan khatankan baby. So kami pun set appointment dan diminta hadir dalam jam 10.30pg

So pagi berpantang hari ke-36, saya breakfast dan bertungku.. lepas tu terus bersiap ke Klinik. Sampai tunggu dlm 10-15 minit, nama Aiman pun dipanggil.. Dr Amir mulakan dengan bius bebird Aiman di beberapa tempat. Nurse pegang kaki Aiman, husband pula tolong pegang tangan Aiman

Saya ? Tukang perhati πŸ˜‚ sebab mula2 dah pegang tangan Aiman. Tapi husband tak tahan tengok darah, so offer diri pegang Aiman hahaa.. so boleh la mama "fokus" tengok proses berkhatan.. seriau jugak πŸ˜…

Sebenarnya Aiman ni menangis sebab nurse pegang kaki dia..memang dia tak suka laaa.. lepas bius mana ada sakit time Dr Raoofah khatankan. Kejap sangat.  Rasa dlm 5-10 minit. Ting! Siap! Nurse terus bagi kulit Aiman sambil cakap "nanti Puan boleh tanam ye".. macam kulit ayam je sekali tengok πŸ˜‚ ahahaahah.. ape la mama ni huhu

So lepas je berkhatan, Dr Raoofah bagitahu cara penjagaan luka berkhatan. 

Cara penjagaan luka berkhatan

Oh ya. Aiman berkhatan guna kaedah Smart Clamp. So ada alat   Smart Clamp di bebird baby. Jadi, pampers pakai longgar ajee.. seluar ? Tak payah la pakai

Aiman dapat ubat tahan sakit(makan bila perlu sahaja), antibiotik, cream sapu dan 2 picagari utk makan ubat dan bersihkan bebird Aiman kalau kencing

Otw balik rumah, dalam sejam lepas berkhatan Aiman slowly mula merengek. Ubat bius dan semakin hilang kesannya. Mungkin aiman terasa sakit sikit. So kami bg ubat tahan sakit. 2x pada hari pertama
Hari seterusnya tengok Aiman ok je.. takda resah gelisah, merengek.. means tak sakit la kan. So tak da la bagi makan ubat dah
Sapu cream je 3-4 x sehari. Setiap hari..

Make sure sentiasa ada alas sebagai lapik tempat Aiman baring. Sebab pampers pakai longgar. So probability untuk bocor kena tilam adalah tinggi. Hehe

Clamp tu ? Slowly dia akan tanggal secara sendiri dlm 7 hari. Doktor cakap kalau tak tanggal lagi dlm seminggu, boleh datang klinik dan doktor tolong tanggalkan.

Mama berdoa clamp tu jatuh la sendiri. Mama malas nak pergi klinik lagi. πŸ˜‚πŸ˜‚ Dan alhamdulillah.. ngam hari ke7 clamp tu jatuh.. suka gila mama ! Anak mama dah bebas utk pakai seluar ! Yeay!
Jadi anak teruna dah Aiman πŸ˜ƒπŸ˜ƒ hehe

Lega sebab dah selesaikan apa yang patut. Walaupun abangnya belum berkhatan, its okay.. nanti kan tiba saat abangnya, Muhammad Wafi untuk berkhatan hehehe

Secara ringkas, penjagaan luka tak susah. Cuma ibu dan ayah kena bersabar sikit la kalau baby merengek. Mungkin baby tak selesa clamp "sangkut" di bebird nya. So kena banyak tenangkn baby 😊

Clamp jatuh pada hari ke-42.  So kami berjaya habiskan pantang dengan jayanya bersama-sama pada hari ke-44
Alhamdulillah

Berapa kos berkhatan ? RM190 sahaja untuk smart clamp.. ini dah sekali ubatan 


Ubat dan cream yang dibekalkan untuk Aiman


Clamp Aiman yang dah jatuh pada hari ke-7 selepas berkhatan

Sekian penulisan pengalaman berkhatan baby boy dari saya. Sehingga berjumpa lagi di penulisan yang lain πŸ˜‰

Sunday, January 14, 2018

Sakitkah melakukan ujian Pap Smear ?

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Hati ini gembira sangat sebab petang tadi dapat memanjakan diri di Spa Ain Muslimah Bangi

Syok sangat ! Shima buat facial + hair treatment. Kebetulan ada promo buat facial RM40 jerrr.. Apa lagi laju2 buat lah ! Encik suami sudi belanja. Rezeki usah ditolak. Iyaa kan ?

Ehhh... Baru teringat. 2 minggu lepas Shima ada buat ujian PAP SMEAR ! Almaklumlah, dah beranak 2 ni... Risau juga kot ada masalah lain. Lagipun ujian Pap Smear ni elok dilakukan untuk mengetahui jika kita ada kanser serviks ke . Kalau tahu awal, lebih awal rawatan yang boleh diambil. Tapi harapnya tiada apa-apa la kan. Amin

Shima pilih buat di Hospital Pakar AnNur Bangi. First time la kiranya... Wajib buat appointment dulu tau. Kalau tak naya je datang, lepas tu full 😁

Shima pilih hari Sabtu. Kalau sabtu, kita perlu datang dalam masa dari 8am-11am shj.  Half day kan. Then daftar nama, dapat no, tunggu dipanggil la. Hehee

Yang penting, mindset kena positif !!

Jangan takut !

Sebab buat Pap Smear ni TAK SAKIT pun !!!

Tak tipu... Usah tertipu dengan melihat segala gambar di google tu. Kalau tengok memang seram yang amat πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi seriously tak sakit. Sambil doctor buat tu,kami blh gelak2 lagi. Doktor cuma pesan tarik nafas sedalamnyaaaaa.. Dan bertenang 😊

Dalam seminit dua je. Pastu settle !

Ehhh..tak sakit pun. Aku je takut lebih.. Rasa macam kena gigit semut sikit gitu-gitu je

So uolssss, jangan takut buat ujian Pap Smear ye. Biasa result keluar dalam 2 minggu. Nak buat dekat Klinik Kesihatan pun boleh. Rasanya free

Kalau swasta around RM50-80 macam tu... Tapi Shima sebab ada buat konsultasi yang lain, kos around RM300++


Inilah doktor yang buat Pap Smear hari tu. Lemah lembut & mesra orangnya


So wat rilex je tauuuu !

Esok Shima dapat result. Dup dap dup dappp

Doakan yang baik2 ya !

Bye !!

Tuesday, August 8, 2017

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA - Dr Hamid Arshat

Buat kita yang bergelar wanita

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

-------

Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

-------------------------------------------------------------------------------

Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya
SHIMA
013 591 9697

Sunday, August 6, 2017

RESEPI KEK PISANG MUDAH (tanpa mixer)

Assalamualaikum.

 Hari ni cuaca agak panas. Tapi alhamdulillah masih ada rumah tempat bertedug

Pergi ke dapur kelihatan 5 biji pisang abu yang suami bawa pulang dari rumah sedara. Shima bisik dekat suami, nak buat kek pisang okay tak ? Beliau okay saja πŸ˜„ haha

Maka Shima pun belek resepi dari Azlina. Semua barang ada kecuali Ovalate@ ovalette

Apa lagi, minta tolong suami belikan dekat kedai pembekal bakeri. Eh tutup. Ahad ! Keh3... Takpe, Giant ada sebelah tu

Tiba-tiba Suami call cakap Ovalate tak ada. Shima pula tak pasti nama lain Ovalate. Nak google internet krik krik pulak. Sabar je la

Shima bagi hint ianya pekat likat dan kekuningan. Suami cari dan jumpa Emulsifier. Yeah !! Tepat sekali

Nama lain untuk Ovalate adalah Emulsifier. Kalau korang tak jumpa Ovalate cari Emulsifier ok

Maka marilah kita buat kek. Resepi asal guna mixer. Shima tak ada mixer. Guna blender sikit. Timw tu doa dan tawakal je la harapnya menjadi πŸ˜„

Jom intai Resepi Kek Pisang untuk amatur macam saya 😁



Bahan-bahan

Bahan A (diperap)

4 biji pisang abu / berangan / emas
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B

4 biji telor
1 sudu besar Ovalate
1 cawan gula perang (takda, pakai gula halus pun ok)
1 sudu kecil esen pisang/ esen vanila

1 cawan minyak*


Bahan C (diayak)

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

CARA-CARA MEMBUAT:

1) Untuk bahan A, lenyek pisang kemudian sukat untuk 1 cawan. Ngam elok 1 cawan , bubuh ke dalam bekas.

2) Letakkan soda bikarbonat ke dalam pisang, gaul rata, tutup dan perap 30 minit

3) Selepas 30 minit, kalau nampak hitam gaul bagi rata lagi dan perap lagi 30 minit

4) Mix semua bahan B kecuali * (minyak) sampai gebu (cebok adunan susah nak jatuh) -- shima pakai mixer.huhu

5) Masukkan minyak ke dalam adunan mixer tadi gaul sebati

6)  Matikan mixer. Campurkan  bahan A dan C ke dalam adunan mixer. Masukkan secara sikit-sikit dan kacau rata

7) Panaskan oven 5 minit

8) Tuang adunan ke dalam loyang. Hiris nipis pisang, letak atas adunan.

9) Bakar suhu 170 °C selama 45-50 minit / Kukus 45 minit -- shima kukus 1 jam


Ini je yang sempat ambil gambar. Huhu


Hasil kejadian yang indah nan sedap !


Siap !! πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Sedap sangat, gebu, moist -- makan panas-panas lagi sedap. Tapi janganlah bawa keluar dari pengukus terus makan. Mau melecur πŸ˜‚πŸ˜‚

Selamat mencuba πŸ˜‰πŸ˜‰

----------------------------------------------------------------------

Pengedar sah JRM Petaling Jaya
Shima
013 591 9697