can u see.??

can u see.??
penat .

Saturday, March 23, 2019

Baby 36 hari berkhatan

Assalamualaikum... Ini la posting pertama untuk tahun 2019 😀

Alhamdulillah..saya dah selamat bersalin anak ke-3 19 Januari 2019 yang lepas.. baby boy dan nama yang diberi Muhammad Aiman bin Mohd Izwann 😘

So kami decide nak khatankan Aiman ketika kecil. Kalau tak kuat nangis time pantang laaa.. so terus tanya nurse di tempat saya bersalin, Klinik Dr Raoofah di Jelapang Ipoh. Katanya boleh kalau baby sebulan

Klinik sediakan perkhimatan khatankan baby setiap hari Sabtu. Dr Raoofah dan Dr  Amir yang akan khatankan baby. So kami pun set appointment dan diminta hadir dalam jam 10.30pg

So pagi berpantang hari ke-36, saya breakfast dan bertungku.. lepas tu terus bersiap ke Klinik. Sampai tunggu dlm 10-15 minit, nama Aiman pun dipanggil.. Dr Amir mulakan dengan bius bebird Aiman di beberapa tempat. Nurse pegang kaki Aiman, husband pula tolong pegang tangan Aiman

Saya ? Tukang perhati 😂 sebab mula2 dah pegang tangan Aiman. Tapi husband tak tahan tengok darah, so offer diri pegang Aiman hahaa.. so boleh la mama "fokus" tengok proses berkhatan.. seriau jugak 😅

Sebenarnya Aiman ni menangis sebab nurse pegang kaki dia..memang dia tak suka laaa.. lepas bius mana ada sakit time Dr Raoofah khatankan. Kejap sangat.  Rasa dlm 5-10 minit. Ting! Siap! Nurse terus bagi kulit Aiman sambil cakap "nanti Puan boleh tanam ye".. macam kulit ayam je sekali tengok 😂 ahahaahah.. ape la mama ni huhu

So lepas je berkhatan, Dr Raoofah bagitahu cara penjagaan luka berkhatan. 

Cara penjagaan luka berkhatan

Oh ya. Aiman berkhatan guna kaedah Smart Clamp. So ada alat   Smart Clamp di bebird baby. Jadi, pampers pakai longgar ajee.. seluar ? Tak payah la pakai

Aiman dapat ubat tahan sakit(makan bila perlu sahaja), antibiotik, cream sapu dan 2 picagari utk makan ubat dan bersihkan bebird Aiman kalau kencing

Otw balik rumah, dalam sejam lepas berkhatan Aiman slowly mula merengek. Ubat bius dan semakin hilang kesannya. Mungkin aiman terasa sakit sikit. So kami bg ubat tahan sakit. 2x pada hari pertama
Hari seterusnya tengok Aiman ok je.. takda resah gelisah, merengek.. means tak sakit la kan. So tak da la bagi makan ubat dah
Sapu cream je 3-4 x sehari. Setiap hari..

Make sure sentiasa ada alas sebagai lapik tempat Aiman baring. Sebab pampers pakai longgar. So probability untuk bocor kena tilam adalah tinggi. Hehe

Clamp tu ? Slowly dia akan tanggal secara sendiri dlm 7 hari. Doktor cakap kalau tak tanggal lagi dlm seminggu, boleh datang klinik dan doktor tolong tanggalkan.

Mama berdoa clamp tu jatuh la sendiri. Mama malas nak pergi klinik lagi. 😂😂 Dan alhamdulillah.. ngam hari ke7 clamp tu jatuh.. suka gila mama ! Anak mama dah bebas utk pakai seluar ! Yeay!
Jadi anak teruna dah Aiman 😃😃 hehe

Lega sebab dah selesaikan apa yang patut. Walaupun abangnya belum berkhatan, its okay.. nanti kan tiba saat abangnya, Muhammad Wafi untuk berkhatan hehehe

Secara ringkas, penjagaan luka tak susah. Cuma ibu dan ayah kena bersabar sikit la kalau baby merengek. Mungkin baby tak selesa clamp "sangkut" di bebird nya. So kena banyak tenangkn baby 😊

Clamp jatuh pada hari ke-42.  So kami berjaya habiskan pantang dengan jayanya bersama-sama pada hari ke-44
Alhamdulillah

Berapa kos berkhatan ? RM190 sahaja untuk smart clamp.. ini dah sekali ubatan 


Ubat dan cream yang dibekalkan untuk Aiman


Clamp Aiman yang dah jatuh pada hari ke-7 selepas berkhatan

Sekian penulisan pengalaman berkhatan baby boy dari saya. Sehingga berjumpa lagi di penulisan yang lain 😉