can u see.??

can u see.??
penat .

Thursday, December 8, 2011

tolong



tolong beri aku waktu

tolong beri aku ruang

tolong beri aku peluang


Friday, October 14, 2011

. Our Rights .





Assalamualaikum.. :)



10 HAK KITA

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."







1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan mKepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak untuk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yang BARU! Membenci kemaksiatan.







Wednesday, October 12, 2011

. menjadi diriku . ^_^


Assalamualaikum...


Menjadi Diriku

Tak seperti bintang di langit

Tak seperti indah pelangi

Karena diriku bukanlah mereka

Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini

Sikapku jelas tak sempurna

Ku akui ku bukanlah mereka

Ku apa adanya

Menjadi diriku

Dengan segala kekurangan

Menjadi diriku

Atas kelebihanku...

Terimalah aku

Seperti apa adanya

Aku hanya insan biasa

Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga

Apa yang ku punya

Setiap waktu ku nikmati

Anugerah hidup yang ku miliki..




Ni lirik lagu . J





Tuesday, October 11, 2011

Tujuan atas muka bumi


Assalamualaikum.


Tujuan atas muka bumi


1. Abdi diri pada Allah S.W.T
2. Jadi khalifah imarahkan bumi
3. Daie,sampaikan islam


Peringatan buat kita bersama. :)





Wednesday, October 5, 2011

Monday, October 3, 2011

Kelebihan Pahala Umat Rasulullah




Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S., yang mana Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampungkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan Umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar(memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."


Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan."

Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.





Monday, September 12, 2011

Finally....


Assalamualaikum.

alhamdulillah. selesai sudah final exam sem ini, yakni 2nd year, 2nd sem.
memang syukur sangat2. xde nak runsing sangat dah tentang academic ni. sebab after ni, cuti 4 bulan. :) kalau pening pun, time result le. ntah mcm mane la. semoga Allah beri yang terbaik buat kami semua.

jadual exam sem ni sangat x cantik . siyesly. lelah dibuatnye. iyelah nazhatul shima kan suke study last minute. PADAN MUKA kan. tapi kalau study awal pun, x berkesan sangat utk org mcm ni. ilmu tu mcm xboleh nk serap. tak tau kenape. dah try BUT.. tak menjadi sangat. adoi.

jadi after balik sini dari cuti raye. terus study. tido memang konfem2 2 am ++ . untuk 2 paper terakhir tidur kul 4 am ++. tu pun tidur sebab fikir , tak kan nk gi jawab exam tanpa tidur kan? risau gak kang pening ke, pengsan ke. jangan cari nahas. so paksa diri gi tidur walaupun hati tak nak sebab banyak lagi tak cover. itulah kerumitan yang dialami utk final exam sem ni. sebab 5 paper, 4 hari straight.! kalau 5 hari straight, it would be better kan.? tp xpela. syukur dah selesai. lepas ni. cuti 4 bulan kerja= bibik @ rumah kot. :)

inilah subjek sem ni:

THERMODYNAMIC
SEPARATION PROCESS 2
PROBABILITY AND STATISTIC
PROCESS INSTRUMENTATION
INTRODUCTION TO MANAGEMENT

semua susah. nasib la kan.


sekarang hanya mampu berdoa dan bertawakal.
semoga result tidak merencatkan gerak kerja pada masa akan datang.






Tuesday, September 6, 2011

its okay la. takde rezeki.




Assalamualaikum. :)

lusa 1st paper. 2 paper pulak tu. probstat dan itm. sangat la stress. dan tak suke subjek membaca. probstat pulak sangat susah. tak same dengan CM. but nak tak nak kena belajar jugak kan. okay fine. shima nanti belajar baik2. but sometimes, perlu mase utk rehat kan. nanti beku la kepala otak ni kalau non stop study. boleh gilaa kot.

so pagi tadi telah ambil initiatif keluar dari balik . ke bank je pun. :) then gi la beli beli barang sikit kat kedai rahmat tu. then tetibe rase nak makan kfc. ok singgah la situ. beli utk housemate gak. memang banyak la. dah la sorang . tak cukup tangan. 2 kali ulang alik ke kete . then balik la. berangan nak makan zinger burger. sampai je kat umah nk terus makan ngan housemate. tapi TIADA.memang konfem2 saya bayar. aduhaiii.. sedehnye. takde rezki. akak tu terlupa kot. sebab bnyk sangat beli kan . takpela. ujian lagi. its okay. halalkan je la. jangan stress2 hanya sebab zinger burger dan cheezy wedges.! aha. ok . jom sambung study !






saya pasrah.



pasti ada hikmah di sebaliknya.




birthday kakak manis ♥


Assalamualaikum . :)

saye hanya nak cakap

SELAMAT HARI LAHIR



kepada kakak yang manis

SITI HAJAR ALI



yang bnyak sedekah senyuman. cee.. ayat x boleh blah. kak hajar yg baek hati. penyayang. banyak bantu saye untuk terus SENYUM . :) Tp suke buli saye. haha. sayang akak. semoga akak terus kuat dan ceria. saya doakan yg terbaek buat akak! I U. Dan semoga akak mendapat jodoh yg terbaek . ngeh3. :)






Tuesday, August 23, 2011

Studylah. !




Final exam dah dekat.!







Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin mahupun muslimat).
(HR. Ibnu Majah)

Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim)

Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali. (Shahih Tirmidzi)








study lah shima.!





NO STRESS









Monday, August 22, 2011

CAKE pada sem ini.~ ♥♥♥




Assalamualaikum.

okay. ini dia cake yg sepanjang sem ni.
ada lagi beberapa. tapi tiada dalam simpanan.
cake2 ini ada untuk meraikan besday, sahabat, event dan sebagainya.








besday adik dan achik @ rumah bersama family
ni adik yg order okay. not me. :)







besday k bersama housemate @ rumah di UTP
tEngsss korang.~
terharu.








besday mimi yg cute itu. :)
semoga mimi semakin comel dan pintar.!
dan semoga menjadi anak yg solehah.








ini dia cake KBS. yg spesel.~
kami buat majlis makan2 di rumah Ustaz Rahmat
utk..?? create bond. create Ukhuwah la.
sebab majoritinya x kenal sangat dan x pernah kenal pun
utk bekerjasama dalam KBS, kena la ada hubungan yg baik kan.
xnak la segan2, malu2, takut2. dan mcm2 lagi la kan.







ini pun cake KBS aka Khidmat Bakti Siswa.

nak lagi. nak lagi. nak lagi.!








Ini pun cake KBS.
Tapi, setelah pulang dari Padang, SUMBAR.
ini time iftar kat rumah Ustaz Rahmat.
dah mcm rumah kami la pulak.~ :)

tengs to oghang yg support.

Semoga dimurahkan rezeki.~






ukhuwah sampai syurga.~







Menarik dan bermanfaat sepanjang sem ni.~


antaranya:


Forum Baitul Muslim


Kuliah Dr Abdul Basit B Abd Rahman


Kembara Amal



dan macam2 lagi.!




Friday, August 5, 2011

Tudung B.U.T.Full.~! RM 23 sahaja..~!!




Assalamualaikum...



Edisi terhad.!

Tudung sulam yang sangat cantik.~!


B.U.T.Full...~~~

Bidang 45'

RM 23 sahaja.!!!

berminat.??

do pm me asap ye.


siapa cepat, dia dapat.!









macam ni la rupanya bila nak pakai. :)




a1 - hitam (sulam merah) *sold*




a3 - hitam (sulam kuning) *sold*



a4 - kelabu *sold*


a5 - hijau *sold*


a6 - dark purple



a7 - merah hati


a8 - light purple *sold*






CEPAT YA.!

edisi TERHAD.!




nemo1891@gmail.com






- hicom RD2011 -





Thursday, August 4, 2011

tQ.. :)





Assalamualaikum.




nurul

amalia

mimi

kak madi

ainu

kak azie.


tQ.!










cake sedap sangat.
suke2.~!!



minta maaf kalau ade buat kalian terasa ke
buat salah ke
or anything.








Tuesday, July 26, 2011

Projek Susulan Misi Kemanusiaan UTP di Padang 2011





(29 Julai - 2 Ogos 2011)


Banner KBS Padang.jpg

Sebuah program Khidmat Bakti Siswa sempena Ramadhan Discovery 2011 berupa projek susulan kepada Misi Kemanusiaan yang ulung-ulung kalinya diadakan pada tahun 2010 yang lepas. Sebagai kesinambungan kepada misi yang lalu, misi kali ini mengenalpasti lokasi masa gempa Padang yang berlaku pada 30 Sept 2009 untuk memperlengkapkan sarana dan prasarana masyarakat, pendidikan dan keperluan rumahtangga terutama sekali kawasan Tandikat yang merupakan lokasi paling teruk menerima impak bencana alam tersebut.
Gambar di bawah: Misi Pertama ke Padang

misi padang.jpg

Misi yang lalu telah ikut serta menyediakan kemudahan untuk sekumpulan penduduk yang terpaksa dipindahkan dari kawasan asal mereka yang telah tertimbus dan memulakan hidup baru dalam penempatan baru. Sudah tentu dalam masa yang begitu singkat belum banyak yang mampu mereka buat untuk membina semula kehidupan mereka. Kita berharap sedikit sumbangan yang boleh kita beri kepada mereka bakal membantu mereka dalam mencapai semula tahap kehidupan yang selayaknya bagi mereka.

Dianggarkan RM20,000 diperlukan bagi menampung kos misi ini.

Hulurkan bantuan ke:

Akaun Bank Islam
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4







Saturday, July 16, 2011

♥ Forum Baitul Muslim



Assalamualaikum w.b.t.


Panel-panel berpengalaman :

Cr. Hj. Hushim Bin Hj. Salleh


  • Seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang perkahwinan, kaunseling keluarga, kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya dan kaunseling kerjaya.
  • Aktif mengadakan ceramah-ceramah motivasi peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
  • Antara program yang pernah dijalankan adalah program pasca perkahwinan.


Ustaz Kamarul Azmi bin Jasni


  • Pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam dan Sarjana Peradaban dalam Pendidikan Islam di Universiti Malaya.
  • Pakar dalam bidang perundingan penerbitan buku, jurnal dan kertas kerja.
  • Antara kertas kerja yang pernah dihasilkan, “Perkahwinan Semasa Belajar: kebaikan dan keburukan dalam Pembangunan Pelajar Universiti”.
  • Exco Persatuan intelektual Muslim Malaysia sejak 2009.
  • Kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan penyelaras Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia.


Pasangan jemputan :

Askar Triwiyanto dan isteri


Nantikan kedatangan mereka bersama membincangkan

" Kahwin awal , sediakah aku?”




Masuk adalah PERCUMA.!!







Monday, July 11, 2011

Tahsin Tilawah al-Quran.



Rasakan pengalaman mendalami kemahiran membaca Quran bersama qari ternama , Ust Anuar Hasin, Juara AQ2 dalam Kursus Tahsin Tilawah al-Quran di UTP pada 23 Julai 2011. Pelaburan hanya RM 28 ! ( diskaun dari yuran asal RM 50) untuk membolehkan lebih ramai berpeluang menyertainya. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang membaca mesej ini.


Sila hubungi sarfaraz 017 482 6432



Thursday, July 7, 2011

Belum memiliki tafsir Quran.?? Ramadhan dah dekat...



Ingin memiliki Quran & tafsir yang mudah dibawa, senang dibaca dan menarik dipandang ?

Dalam rangka mencari dana Projek Susulan Misi Kemanusiaan di Padang pada 29 Julai - 2 Ogos yang akan datang, saya menawarkan tafsir Quran dengan harga RM35 sahaja. Sebahagian hasil jualan adalah untuk dana misi kami.


Belian para usahawan muda atau Komiti event yang sedang mencari dana dalam jumlah yang banyak, boleh diberikan diskaun sehingga 30 %.


image.png

Sila hubungi saya secara peribadi dengan SMS ke hp 016-422 1418
atau email saya :
abufaiz64@yahoo,com
ataumesej ke akaun facebook saya " Rahmat Bintangor"