can u see.??

can u see.??
penat .

Monday, August 17, 2015

Anak demam kuning? Apa ikhtiar seorang BAPA?

Assalamualaikum wbt.

Selalu terbaca perkongsian ibu2 berkenaan baby demam kuning – cara mengatasi dan mengubati. Setakat ni tak pernah lagi terbaca perkongsian dari seorang bapa sedangkan bapa perlu memainkan peranan yg besar terutama di saat sang ibu masih lagi dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Suka rasa nak share pengalaman sendiri memandangkan ramai juga sahabat dan kenalan yang akan menerima cahaya mata tidak lama lagi J

Pada hari ke-2 kelahiran, nurse dari klinik kesihatan yg datang ke rumah membelek anak sy dengan teliti. Kemudian bersuara “tengok macam takda kuning. Tapi nanti bawak la pegi cek darah untuk kepastian. Sy pun risau sebab anak encik ni perempuan, tak cukup bulan, darah jenis O, kene vacuum pulak masa lahir. Semua ni meningkatkan risiko untuk demam kuning”

Alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy hanya mengalami symptom awal demam kuning (tak serius)  pd hari ke-3 sehingga ke-5 kelahiran (bacaan 8 dan 5). Kemudian sembuh.
Seriously sy pun risau dan tak sanggup tengok anak sy di tahan di wad. Jadi adalah beberapa ikhtiar yg sy lakukan dan selebihnya sy berserah kepada Allah swt.

1)     Makanan semasa ibu mengandung: Seingat sy sepanjang mengandung segala jenis keropok memang sy berjaya halang dari masuk ke perut wife sy. Cuma pizza kami ada makan dalam 3 kali. Yg ni memang susah nak elak kerana wife sy memang sgt suka pizza. Cuma yg mampu sy buat adalah meminimakan.

Kepada para suami cuba elakkan atau paling tidak minimakan segala mcm jenis junk food dari masuk ke perut wife anda yg tengah mengandung. Personally sy rasa pemakanan lah factor utama yg memberi kesan terhadap taraf kesihatan anak2 kita selepas bersalin. Hujahnya zaman mak2 kita dulu demam kuning ni bende yg ‘rare’. Tapi sekarang anak kita ‘rare’ kalau tak kene kuning. Dan perbezaan utama mak2 zaman dulu dan mak2 zaman sekarang adalah PEMAKANAN

2)    Banyakkan makan makanan seperti kurma, kismis, air zamzam, gajus, dan lain2 makanan Sunnah. Wife sy memang susah sikit nak makan kurma, tapi sy paksa jugak. Boleh la berjaya sikit2. Banyak kajian scientifik yg menunjukkan makanan2 ni memang bagus. Tambahan pula kita sebagai org Islam mesti yakin sesuatu yg Nabi saw buat tu bukan sesuatu yg sia2

3)   Pada minggu pertama kelahiran, kami terpaksa bagi anak kami susu formula atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Sy mula risau kerana anak sy tak dapat minum susu yg ‘terbaik’ iaitu susu seorang ibu. Kemudian terlintas di fikiran sy untuk mencampurkan susu formula ni dengan air mukjizat Nabi Ismail as ketika bayi yg masih kekal sehingga kini, iaitu air zamzam. Jadi 50% air panas biasa, 50% lagi air zamzam. Sambil bancuh susu tersebut juga sy berdoa semoga dengan keberkatan air zamzam, Allah swt sembuhkan anak sy yg ketika itu sudah ada tanda2 kuning. Ini ikhtiar yg terlintas dalam kepala sy ketika itu.

4)   Kemudian sy juga ada bagi anak sy minum susu kambing segar. Tapi hanya 2x sebab nampak dia tak berapa suka susu kambing.

5)   Alhamdulillah anak sy juga kerap minum susu. Kepada bapa2, anda WAJIB tahu baby kalau kene demam kuning die akan banyak tido. Anda jangan la pegi biar je die tido. Pastikan baby anda menyusu at least 2 jam sekali supaya die kenyang dan cepat sembuh daripada demam kuning.

Pada malam mula nya kami set alarm setiap 2 jam untuk bagi susu. Tapi alarm tak berbunyi lagi anak sy dah ‘berbunyi’ dulu mintak susu. Hehe. So agak mudah la tugas sy sebab bila badan letih ni kalau alarm bunyi pun belum tentu jaga. Tapi bile anak bunyi memang akn terjaga. Memang lebih kurang setiap 2 jam anak sy akn mintak susu. Dan sy pun akan pegi bancuh susu campuran zamzam sy. (tapi bila keadaan dah mengizinkan, anak sy fully breastfeed)

Percayalah susu ibu adalah yang terbaik,! ditakdirkan juga kakak ipar kebetulan ada di kampong, turut sama membantu menyusukan bayi kami sekaligus menjadi anak susuan beliau. J

6)  Mertua sy juga ada beli ‘mandian kuning’ dari kedai ubat berdekatan. Bende ni kene bancuh dalam air, kemudian pada bilasan terakhir bilas anak dengan air kuning tersebut. Maaf, sy lupa mandian tersebut di perbuat daripada apa. Kalau tak silap, sejenis tumbuhan.

Seingat sy inilah praktikal yg sy buat sepanjang menyambut kelahiran anak pertama. alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy bebas daripada demam kuning dan sehingga kini (dah 8 bulan) , anak sy tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan selain sedikit ruam susu ketika berumur 2 bulan.

Kepada para bapa dan bakal bapa, tugas anda bukan sekadar bayar bil hospital bersalin. Tolong main peranan jaga baby anda terutama sekali di saat isteri anda masih di dalam pantang.  
Wallahua’lam.

Mohd Izwann Hashim

Monday, August 10, 2015

Majlis Rumah Terbuka 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT. :)

Alhamdulillah, lega sangat sangat, berjaya juga adakan majlis kesyukuran dan open house untuk raya kali ini. First time for me as beginner, semuanya independent tanpa mak wehhhh..

Dengan baby yang asyik nak mengempeng je lagi, hihii.. Mujur ada suami setia membantu kan.

Ok , kali ni saya just nak record sikit preparation untuk open house. Sebab, time beli barang seriously, tak reti nak agak. sobssss.. time masak, alhamdulillah sedang elok cukup untuk semua. Thank You Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAKSA (5KG)
IKAN (2.5 KG)

TIMUN : 2-3 BATANG
CABAI MERAH : 5-6 BATANG
BAWANG BESAR ; 3-5 (Depends on saiz)
LIMAU : 10 biji
TELOR : 15 biji
SALAD ; sedikit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOMYAM
KUETIAW (5KG)

ISI AYAM : 2KG
UDANG : 0.5-1KG (ikut bajet)
SOTONG : 0.5-1KG (ikut bajet)

BUNGA KOBIS ; 1 1/2 biji
CARROT ; 5 biji
TOMATO ; 4-6 BIJI (depends on saiz)
PUTIK JAGUNG: 15 biji
LIMAU ; sedikit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RENDANG AYAM PENCEN

AYAM PENCEN (3KG)

Cukup untuk berapa ketol lemang / nasi impit.

ok shima,. sila baca dan hayati pakej di bawah. hihi

a) 3 biji lemang
b) 2 biji lemang + 6 paket nasi impit

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang macam di atas la, so lepas ni lebih mudah nak prepare barang. hihi :)