can u see.??

can u see.??
penat .

Monday, June 22, 2015

Kuantan 2015

Assalamualaikum wbt

Dalam kesibukan berbisnes (chewahhh) , mestilah nak share cerita sedikit untuk jadi tatapan akan datang. Aku memang ada aim, setahun sekali nak makan angin atau ziarah (ayat skema, haha) ke Kuantan. Sebab abang aku menetap di sana. So, rumah deme yang besar dan banyak bilik tu perlukan TETAMU seperti aku , mak ayah, dan adik beradik lain. teheee..

Tapi yang best kali ini, atau tahu ini (2015), aku pergi bersama anak tersayang. Tak sangka aku dah ada anak. alhamdulillah :)

So , gaya memang lain sikit. Tak boleh tidur ikut suka hati aku dah. hahaaa.. Kena banyak bersabar dan beralah. hikhikkk..

Paling terkesan di jiwa aku adalah bab makan. Aku ni memang kuat makan sikit tau. Memang fevret, hihii.. So, bila abang dan kak sya (kakak ipar) bawa kami sekeluarga, termasuk ayah semua tu lah kan, ke HARIS KITCHEN, macam biasa aku bincang dengan suami nak makan apa, Sepakat pesan Nasi Goreng Ikan Masin 1, Chicken Chop 1. Boleh merasa sama-sama. Chewahhhh..

Yang best, portion memang banyak. Makanan memang sedap ! Harga BERPATUTAN ! Servis baik sekali. huhuuu

Alangkah INDAH jika ada HARIS KITCHEN kat PJ ni. huhu..

Oklah, aku belanja sikit gambar keluarga aku. Aku semestinya menggayakan KURUNG REGINA kesayangan. NURSING FRIENDLY. Tak iron pun xpe, Sebab xda iron pulak kat sana. hahaa 




-----------------------------------------------------------------------------------
UNTUK LIHAT LEBIH KOLEKSI MENARIK,

WHATSAPP ; 019 4041 562
EMAIL : falahmufeeda@gmail.com
PM FACEBOOK : FALAH MUFEEDA COLLECTION
INSTAGRAM : FALAHMUFEEDA
--------------------------------------------------------------------------------------

Baju Kurung Cotton Khadijah

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Di sini, sukacitanya ingin saya kongsikan koleksi terbaru dari FALAH MUFEEDA dengan harga yang tersangat MAMPU MILIK :)

BAJU KURUNG COTTON KHADIJAH
RM79
FREE POSLAJU

Sesuai dan selesa dipakai sepanjang hari. Material baik punya :)



















-------------------------------------------------------------------------------------
HOW TO ORDER:

WHATSAPP ; 019 4041 562
EMAIL : falahmufeeda@gmail.com
PM FACEBOOK : FALAH MUFEEDA COLLECTION
INSTAGRAM : FALAHMUFEEDA
--------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, June 21, 2015

Punca dan Cara Atasi PUTING MELECET !

Assalamualaikum wbt.

Ini kali pertama aku bersalin, dan ku sangka kan bila BREASTFEED Baby, ianya mudah dan normal sahaja. Nyata tidak sama sekali ! Jadi , pengalaman ini aku mahu kongsikan pada ibu ibu di luar sana yang mungkin mengalaminya, terutama, First-Time-Mommy :)

Bila lahir je anak tersayang, Nabila Wafa, aku hulurkan miss B, tapi hampeh... tak ada keluar apa. aku tak reti, so aku ingat aku tak de susu. sobsss.. Nurse datang tengok, dia kata dah bengkak ni , banyak susu. Tapi aku, "ermmm.. ye ke, apesal baby hisap tak keluar" . Then nurse urut sikit, dan aku nampak CAIRAN EMAS ! kolustrum !

Aku pun sedar aku ada susu. Tapi masalah besar nya, bila bagi baby hisap je, baby tak dapat. So, aku stress. 2-3 hari pertama, puting nampak merekah, luka. Tanya mak, mak tak tahu. Tanya along, along tak tahu. Tanya Nurse yang datang tiap hari, katanya ini Puting Melecet. sebab SALAH LEKAPAN !

sedih sangat... Then along ajar, kena PAM ni, selang 2-3 jam. Tapi kena bagi ransangan. Aku pun FOLLOW. Bila follow, pam dapat berapa titik je. So aku macam tak percaya, cukup ke susu ni untuk baby. Adoyaiiii.. STRESS sangat. Then minta tolong suami beli pam elektrik, sebab tak larat pakai pam manual.

Bila dah pakai pam elektrik, jimat sikit tenaga aku, Sebelah pam, sebelah aku perah pakai tangan. Setelah konsisten pam 40min-1 jam selang 2-3 jam, akhirnya aku rasa SUSU MERIAH. Excited bagitahu suami. Penuh peti ais rumah.! hahaaa..

Aku baca dan tanya nurse, katanya puting melecet 1-2 minggu je, then ok. Tapi aku sebulan ++ ! memang derita tau ! Seriously... anak depan mata, tapi dok pam memanjang. Sampai 1 malam tu, aku try breastfeed baby, oppssss.. sakit sangat ! Tahan nafas je laa..

Aku pun ajak suami pergi kedai, beli Krim untuk Nipple yang Melecet. MEDELA punya. RM25++ kalau tak salah. Bagi aku ia agak membantu. Kenapa dah sebulan lebih aku baru beli. aduhaiiii..

Sebabnya, Nurse kata, sapu je susu kat puting tu, nanti dia sembuh sendiri. Tapi, for me, tak berkesan langsung. Bayangkan sebulan lebih derita, pernah berdarah lagi. Sakit woooo...

Now aku dah ada pengalaman, akan datang, kalau ada rezeki mengandung dan bersalin lagi, aku akan lebih bersedia tentang PENYUSUAN IBU. huhu :)

So, korang aku cadangkan, walaupun korang surirumah macam aku ni, better beli Double Electric Pump, lebih mudah dan jimat masa. Atau at least Single Electric Pump. Aku ada 3 pam !

Nanti aku review 3 pam tersebut. heheee

sekejap aku, sekejap saya. eheeee...


ok lahh.. moga2, Kita dapat menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun. Ameen Ya Rabb

YANG MERINDU,
shima @falahmufeeda

Jemput shopping baju-baju cantik di Falah Mufeeda :)

Instagram: falahmufeeda
Facebook: Falah Mufeeda Collection
https://www.facebook.com/falahmufeeda?fref=ts