can u see.??

can u see.??
penat .

Tuesday, February 21, 2012

AMAL yang UTAMA

Assalamualaikum wbt :)


ringkas sahaja perkongsian hari ini..


Rasulullah S.A.W. pernah ditanya, "apakah amalan yang utama?"

Baginda menjawab, " Solat pada waktunya, kemudian taat pada kedua orang tuanya , kemudian jihad fisabilillah"


Jadi, jom cek diri kita balik dan perbaharui niat untuk menjadi lebih baik pada hari yang seterusnya.


Wallahua'lam.



Sunday, February 5, 2012

ENOUGH !





I’M A GOOD ENOUGH PERSON TO FORGIVE YOU,

BUT NOT STUPID ENOUGH TO TRUST YOU






tak nak jadi tipah tertipu lagi .






Wednesday, January 18, 2012

Wednesday, January 11, 2012

* MASTERCHEF *








Pasti tahu kan MASTERCHEF ni program ape.
Cooking Magic PANASONIC.
Selalu dengar time rancangan tu.

INI merupakan program kesukaan aku time CUTI 4 BULAN !
aku sangat suke tengok ngan adik beradik.
. dalam banyak2 peserta..yang paling aku suke dan kagum ialah..

SAIFUL dan EZANI .!


TAHNIAH PADA EZANI sebab jadi MASTERCHEF malaysia yang pertama !

LOVE TO SEE YOU.!

WHY?




- sopan bertudung -
- konsisten setiap minggu dlm setiap ujian -
- manis -
- sangat cool n simple -
- tak gedik -
- tak menjengkelkan -
- rendah diri -


Ni ape yang aku nampak kat tv tu la kan.
hope dia ni mmg seperti apa yang aku fikirkan atau lebih baik :)
. suke tengok gelagat dia. dia kan doktor gigi. mesti pandai kan.
pastu pandai masak. BEST nye. nak pandai masak mcm dia gak la.
masterchef msia pertama. U DESERVE IT ! :)



THEN.




SAIFUL.



Oh . adik aku selalu kate 'pakwe achik' :) WELL. sebab aku kesian sngat bila tngok dia. mak dia sakit. dan dia penoreh getah. tp sngat hebat di dapur ! kagum sngat..



dan dia satu2nya peserta yang aku nangis bila tengok dia tersingkir. rase...sedih gila. ape la aku ni. mcm xde masalah sendiri nak sedih kat orang lain. sejak tu aku rasa kurang sikit nak tngok masterchef. tp sebab nak tengok ezani berjaya ke tak. aku tengok gak. :)




DAN


ini chef yang aku suke tengok. comel kan?



Chef Yahya.


dia sangat baik dan lembut. suke tngok. Chef Jo pun same. tp Chef Yahya ni awal2 je ade. pastu chef lain pulak. tak sempat nak tngok skill die.



pasni. takde dah cuti panjang. tak leh main masak2 kat dapur. jadi pemalas la jawabnye,
terima kasih buat program ni. at least aku dapat tngok.





p/s : Gunakan waktu yg ade sebaiknya. nanti menyesal mcm saye.
INGAT : Lapang sebelum sempit





Tuesday, January 10, 2012

Love Cooking !




Assalamualaikum.

lame tak bukak benda ni.

sepanjang cuti ni ape yang aku buat.
ntah ape je aku rase.
tolongla.

tapi ada satu benda yang aku minat .
MASAK

mesti tak percaye kan.
sebab aku kan tak pandai masak. :(

tapi aku memang suke masak.
DAN sebaiknya :

1. takde orang lain kat dapur. sebab rase mcm diperhatikan je. TAK SUKE.
2. bahan2 harus cukup. kalau tak rase... ishhhh.
3. ade resipi / pernah tengok mak masak / rase yakin boleh buat. :P
4. bawang2 dah siap kupas. sangat tak suke penyediaan bahan2, terutama kupas bawang.. tapi terpaksa.


memang dari dulu aku masak . tapi hentam2 n campak2. skrang pun same gak. seronok bila tngok mak ayah adik kakak abang makan. rase gembira. dan memberi satu KEPUASAN. And usually, bila dah masak, selera makan yang patut ade dlm kul 1 tiada. hilang dek penat kot. mak pun selalu gitu. dan rase ramai begitu kan. biase kalau dah penat masak n buat kerja lain, Lunch jawabnye pada pukul 3 or 4. Kadang2 kul 5.


aku harap sngat nanti aku boleh jadi orang yang pandai masak. sebab aku suke makan.




Ya Allah. jadikan aku seorang yang sentiasa merasa CUKUP dan BERSYUKUR.




p/s: bile time sedang kenyang atau senang, fikirkan orang yang dlm keadaan susah. supaya jadi hamba yang bersyukur sentiasa.





Thursday, December 8, 2011

tolong



tolong beri aku waktu

tolong beri aku ruang

tolong beri aku peluang


Friday, October 14, 2011

. Our Rights .





Assalamualaikum.. :)



10 HAK KITA

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."







1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan mKepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak untuk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yang BARU! Membenci kemaksiatan.







Wednesday, October 12, 2011

. menjadi diriku . ^_^


Assalamualaikum...


Menjadi Diriku

Tak seperti bintang di langit

Tak seperti indah pelangi

Karena diriku bukanlah mereka

Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini

Sikapku jelas tak sempurna

Ku akui ku bukanlah mereka

Ku apa adanya

Menjadi diriku

Dengan segala kekurangan

Menjadi diriku

Atas kelebihanku...

Terimalah aku

Seperti apa adanya

Aku hanya insan biasa

Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga

Apa yang ku punya

Setiap waktu ku nikmati

Anugerah hidup yang ku miliki..




Ni lirik lagu . J