can u see.??

can u see.??
penat .

Friday, September 17, 2010

pesanan untuk orang cantik...


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.

Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.

Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!


*berhati2 la bile cantik..

*sharing dr iluvislam

jage hati

Thursday, September 16, 2010

suara rindu

beberapa hari ni.aku layan lagu ni jeee..
kenape ntah.
tp buat ketika ni aku.
gembira dlm sedih
dan..
sedih dlm gembira

.............................................................................................................................


Suatu yang indah
Ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku takut tidak mungkin dapat kumiliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Ku teruskan hidup
Hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yang tinggal hanyalah
doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya kamu yang menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi
Tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah aku

Semoga suatu hari nanti
Dapat ku temui
Penawar dukaku yang berdarah duka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Monday, September 6, 2010

rindu kalian


hari ni terasa sayu sangat..
RINDU sangat2 pada kwan2 yg dah jauh..
masing2 ade hal sendiri..
ade misi yg laen2..



ptg td g epoh..jumpe la exrumate trsayang nur syafina..
rindu glew kt pina sebenarnyeee..
gembira sngt dpt jmpe pina, even sekejap.

balik umah..tetibe teringat kt kwan2 yg laen.
terfikir..aku ade x buat perkara yg sngt menyakiti hati mereka.
yang buat dorang marah.buat dorang terasa hati ngn aku..
kalu xde..syukurlaaa.
tp kalau ade.. mcm mane.?aku takot sngt.
aku sngt harap dorang maafkan aku.kalo aku ade wat salah,
baik sengaja ataupun tidak.

percayalah.sahabat2.
walau aku xpernah start tegur korang.
xbermakna aku x suke korang.
tp aku mmg jenis yg takot nk start dulu.
aku xde keberanian..
kalau aku berdiam diri,xbermakna aku xsuke korang.
tp aku mungkin stress sbb perkara laen.
yg membuatkan aku trpaksa berdiam diri..
sebab kdang2, berdiam itu lebeh baek dr berkata2 perkara yg x baek.
aku takut tertinggi suara ngn korang.minta maaf ye kawan2.



berbalik pada kwan2 yg aku rindu.
aku sepatutnye jd seorang sahabat yg memahami kan.
tp tak tahu la aku berjaya atau x pd korang
korang je yg tahu..
dan kini.kite semua masing2 terpisah.
sebab kite masing2 ade misi.cita2
semua nk berjaya.
aku kena terima hakikat yg kite agak susah nk berjumpe selalu
nk bersama2 melakukan sesuatu.
shopping ke.makan ke.tido same2 ke. kan.

aku rindu SEMUA.!
tp mustahil bg aku utk listkan semua.

tp ini antara insan yg amat aku harap,walaupun sesaat..
name aku pernah terlintas dlm kotak fikiran dan hati mereka..

mimi azila
haslinda abdullah
puteri farhana
nur syafina
nurul atikah ismail..utp
nur izzati..skss
nurzahirah..skss
noor amanina ghazali
nur afiqah ali
nur syafiqah..rps
nur fifi asyikin
murni mariyam
nurul huda hayati


sayang aku pada korang ttp utuh.
kite mungkin pernah bergaduh.
tp aku rase tu lah antara sweet memoriesss.



tengsss for being one of my friendsss.
tengsss for everything.

Thursday, September 2, 2010

alkisah ' k ' .. :)

di UTP
nurul: k , ngantok..
mimi: k , lapar...
amalia: k.. k nak pegy mane.?
hanisah: k , nnt kejut aku ye.
maizat: k , bersuara lantang dlm kelas acedemic writing.!

ape2 je la mereka ber5 tu..
lawak pulak bile teringatttt..
nurul,mimi,amalia ngan hanisah housemate aku...since 1st 1st..
tp sekarang hanisah dah pindah.. :( .. sobsob..
cik maizat ni clazmate aku..
suke gak panggil aku k..
tp kenapakah..??
sebab aku bahasakan diri kami.. byase la dak pempuan ade bahasakan diri, kami..kite..saye..aku..ana..orang..dll..
aku bahasakan diri kami..tp dah lame2 tu ' ami ' kt belakang tu terhilang..
bile ckp aku bahasakan diri k..
mereka pelik kotttt..so sejak tu panggil aku k.. hee.. :D..
tp skrg ni..mmg mcm2 dah aku sebut utk bahasakan diri..laen org,laen la kata ganti diri.. :p
k>>saye>>orang>>aku>>ana
so jgn pelik bile ade org pnggil aku k, oke..
kalau mesej pun aku tuleh 'k' je utk kami..
malas nak taip..
haaaa..


teringat mereka . :)

rindu pade mereka berdua.
siape mereka ya..??
NUR IZZATI & NURZAHIRAH
atau aku gemar gelar mereka dgn name mnje..ira..dan..iza. :D
aku kenal mereka time sekolah rendah.
tp start rapat bile naek darjah lime kottt..
syangnye, iza or zaty ni pulak tetibe nk pindah rawang..
x sempat nk bermesra lebeh2.. :(
tp yg aku suke ttg iza sbb dye suke utus surat dulu..(time tu x de fon) :)
so,kami always keep in touch..
dats y, smpai skrg rase syg sngt kat iza.!
muahmuahmuahh..!
huuu..~laen pulak cter ngn ira or a'a.
duk sg siput. tp jrg jmpe.
kdang2 la kontek gune fon kt umah tu.
then bile aku msuk mrsm ade la gak kontek ira..time dah ade fon la.. haaa..
tp, xlame pastu..aku xdgr dah kabar berita ttg ira.. ): .. so sad tawww..
aku pun x pasti ke mana dy sebab xdpt dihubungi..
ape2..aku ttp syg korang berdua.! oke. :P



Wednesday, September 1, 2010

cinta hati :)



ayah dan mak yg terchenta.. :)

hari ni tetibe aku terase rindu sngt kat mak ayah..
aku syg sngt kt 2 org ni..
muahmuahmuahhh..
aku sngt appreciate segala yg mereka da buat dan bagi pada aku..
aku yakin itu lah yg terbaek utk aku dan adek beradik yg laen..
walaupun kdg2, or selalu kot, ade je perasaan x suke.
itu mngkin sbb aku ni kdg2 krg brsyukur dgn ape yg aku ade.
sepatutnye aku bersyukur dgn ape yg ade..


* so korang jom kite cube happykan mak ayah kite semua.

Tuesday, August 31, 2010

KEADAAN WANITA DI DALAM NERAKA…

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beginda, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis.


Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan lahar yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakangnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dengan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya kelihatan api yang menyala dengan dasyat.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai menerima bermacam jenis azab dan seksaan.

10.wanita yang berbentuk seperti anjing

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib daripada haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

jadi marilah kite renung2 kan dan selamat beramal!

Monday, August 30, 2010

sayang. sampai ke Syurga atau Neraka..?


Hari ini tertarik pade satu sharing yg telah dipostkan dalam satu gg..
jd, ana nk share bnda tu di BLOG ini..

Tajuk ini adalah tajuk yang tidak akan luput dimamah zaman. Kalau melihat kepada novel yang laris di pasaran, pastinya perkataan Cinta terselit pada tajuknya, atau paling tidak pun babak dan konflik cinta itu terpatri di jalan cerita.


Namun berapa ramai yang faham berkenaan cinta yang sebenar? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang junior saya. Sebenarnya, saya amat sayangkan junior saya seorang ini. Dia menghubungi saya dengan YM, oleh kerana tidak puas bersembang dengan YM, maka saya ambil keputusan menelefonnya. Dari suaranya, ada getaran yang menunjukkan bahawa dia mempunyai masalah.


Seterlah bertanya, apakah masalahnya, dia meluahkan,


“ Abang Hilal, ana bercouple, tapi…”


Bila dengar begitu, saya agak terkejut. Tidak sangka juga perkara sedemikian akan terjadi kepadanya. Lalau saya tadahkan telinga, meluangkan masa mendengar luahan kalbunya yang nampak sarat dengan masalah.


Ceritanya, dia hendak berhenti dari perbuatan itu. Tetapi, teman wanitanya asyik mengelak bila dia hendak masuk bab berhenti itu. Dia ketandusan kekuatan, dan kehabisan jalan. Sudah tidak tahu hendak buat apa. Hatinya rasa berdosa, tetapi hendak berhenti pun tidak mampu.


Selalunya, alasan tak mampu ni biasa diberikan orang. Benarkah tak mampu?


Kita balik melihat hati kita. Sebenarnya, bila bercouple(istilah lain, berhubungan bebas, berhubungan tak ikut syara’) kita rasa seronok dan best. Layan la kononnya. Tetapi, sebenarnya kemanisan ini dihias-hias oleh syaitan.


ALLAH SWT berfirman apabila Hud-Hud menceritakan kesesatan Kaum Saba’ bawah pimpinan Balqis,
“ Aku(burung hud-hud) dapati dia(Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada ALLAH, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk itu, sehingga menghalangi mereka dari jalan ALLAH, maka mereka tidak mendapat petunjuk”(Surah An-Naml ayat 27)


Syaitan, bila dia mendpaat peluang menyesatkan manusia, maka dia akan berusaha biar manusia tu tidak dapat kembali kepada jalan yang sebenarnya. Cinta memang indah, tetapi sebenarnya cinta ini akan menjadi cacat bila di luar batasan syara’. Namun kecacatan itu diperindahkan oleh syaitan agar kita melihatnya cantik, lalu sukar untuk merasa bencin kepada kecacatan itu, malah tambah rapat dengannya. Akhirnya, sukar kita hendak meninggalkan keburukan itu dalam kehidupan kita.


Di sini, saya mengajak junior saya tadi bermuhasabah kembali apakah makna cinta. Ramai couple, walaupun menyedari couple itu diharamkan oleh ISLAM, masih lagi meneruskannya kerana kononnya mereka sudah saling cinta mencintai.


Ya, tidak salah mencinta. Saya juga bercinta. Tetapi apakah cinta? Bukankah cinta ini adalah kasih sayang. Tetapi, apakah kasih sayang, jika kita menghumbankan pasangan kita ke neraka? Menghumbankan pasangan kita ke neraka? Bagaimana? Ya la, anda bercouple, ISLAM larang, ALLAH marah, di pehitungan nanti anda akan dihisab, dan couple anda ini menjadi penghalang untuk anda masuk ke syurga lalu dilempar ke neraka. Bukankah anda telah melemparkan diri anda dan pasangan anda ke neraka? Adakah itu yang anda katakan sayang?


Inilah sayang yang syaitan tipukan anda. Saya nyatakan, jika begitulah akhirnya ‘sayang’ anda, maka itu bukan sayang sebenarnya. Jika benar sayang, kita akan hanya ingin yang terbaik sahaja untuk pasangan kita. Bukan sahaja baik di dunia, tetapi di akhirat sana. Kita mahu, sayang kita ini bukan setakat di dunia sahaja kekalnya, tetapi sampai di akhirat bertahannya ia.


Jadi ada apa dengan couple? Anda pegang tangan anda berdosa, anda bercakap berjiwang-jiwang anda berdosa, anda berpandang-pandangan anda berdosa, anda keluar berdua-duaan anda berdosa. Apa yang anda bahagianya? Hanya hawa indah jiwang jutaan karat sahaja, yang mana hawa itu akan luput dimamah usia dan zaman. Bila berkahwin, keluarga pecah berai.

percayalahhh..

Kan bagus jika anda ambil masa ini, mentarbiyyah diri, melengkapkan jiwa, mendidik hati, kemudian lamarlah pasangan anda dalam keadaan bersedia jasad dan rohani, seterusnya berjiwanglah anda habis-habisan, kucuplah dahi pasangan anda sehabis cinta, pegang eratlah tangan dia dengan penuh sayang di dalam jiwa, peluk eratlah pinggang dia dengan kasih setingginya, dan setiap perbuatan anda dengan isteri anda ketika itu, membuahkan pahala.


Ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ Ya Rasulullah, apakah bila seseorang itu berjima’(melakukan hubungan seks) dengan isterinya, dia mendapat pahala?”
Rasulullah SAW menjawab, “ apakah jika seseorang itu berzina maka dia mendapat dosa?”


Sahabat menjawab, “ ya”
“ Maka, siapa yang mendatangi isterinya yang halal untuknya, maka baginya pahala”


Nah…. inilah sayang. Kekalnya hingga ke syurga. Rasulullah SAW bersabda,
“ Di akhirat nanti, kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai”
Inilah sayang yang dibina oleh manusia yang beriman. Sayang kekal abadi. Bukan setakat dunia yang akan luput sedikit masa lagi.


Kepada junior yang bercouple itu, saya pesankan dia perkara ini. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya kata pada dia,
“ Ana sayang enta, sebab itulah ana pesan”


Ya, inilah sayang dalam ISLAM. Membawa manusia kembali kepada ALLAH adalah salah satu tanda sayang. Apalah sayang dan cinta jika akhirnya ke neraka? Itu bukan sayang sebenarnya.
Nah..


Marilah berkasih sayang yang sebenar-benar kasih sayang. Marilah bercinta dengan sebenar-benar cinta. Tidak rugi, malah menembus akhirat cintanya.


Cinta dan sayang kerana ALLAH. Ikuti perintahNya, tabah melalui ujianNya, dan rasailah kenikmatakan ganjaranNya.


ALLAH juga cintakan kita.


Dalam satu hadith Qudsi, Rasulullah SAW ada bersabda bahawa ALLAH SWT berfirman,
“ Apabila hambaKU mendekatiku selangkah, maka AKU akan mendekatinya seribu langkah, jika dia mendekatiku dalam keadaan berjalan, maka AKU akan mendekatinya dalam keadaan cepat”


Nah… Couple? Mari tukar kepada hubungan yang lebih istimewa dan halal malah mendapat pahala. Kita tangguh dulu kisah cinta kita sekarang ini, kita perbaiki diri, permantapkan rohani, kemudian kita sambung kembali pertalian ini dengan ikatan yang lebih bersih. Dengan cinta yang sebenar-benar cinta. Biar berbahagia hingga akhirat sana.

# jadi marilah kita sama2 berusaha mengejar kebahgiaan dunia akhirat.