can u see.??

can u see.??
penat .

Sunday, June 21, 2015

Punca dan Cara Atasi PUTING MELECET !

Assalamualaikum wbt.

Ini kali pertama aku bersalin, dan ku sangka kan bila BREASTFEED Baby, ianya mudah dan normal sahaja. Nyata tidak sama sekali ! Jadi , pengalaman ini aku mahu kongsikan pada ibu ibu di luar sana yang mungkin mengalaminya, terutama, First-Time-Mommy :)

Bila lahir je anak tersayang, Nabila Wafa, aku hulurkan miss B, tapi hampeh... tak ada keluar apa. aku tak reti, so aku ingat aku tak de susu. sobsss.. Nurse datang tengok, dia kata dah bengkak ni , banyak susu. Tapi aku, "ermmm.. ye ke, apesal baby hisap tak keluar" . Then nurse urut sikit, dan aku nampak CAIRAN EMAS ! kolustrum !

Aku pun sedar aku ada susu. Tapi masalah besar nya, bila bagi baby hisap je, baby tak dapat. So, aku stress. 2-3 hari pertama, puting nampak merekah, luka. Tanya mak, mak tak tahu. Tanya along, along tak tahu. Tanya Nurse yang datang tiap hari, katanya ini Puting Melecet. sebab SALAH LEKAPAN !

sedih sangat... Then along ajar, kena PAM ni, selang 2-3 jam. Tapi kena bagi ransangan. Aku pun FOLLOW. Bila follow, pam dapat berapa titik je. So aku macam tak percaya, cukup ke susu ni untuk baby. Adoyaiiii.. STRESS sangat. Then minta tolong suami beli pam elektrik, sebab tak larat pakai pam manual.

Bila dah pakai pam elektrik, jimat sikit tenaga aku, Sebelah pam, sebelah aku perah pakai tangan. Setelah konsisten pam 40min-1 jam selang 2-3 jam, akhirnya aku rasa SUSU MERIAH. Excited bagitahu suami. Penuh peti ais rumah.! hahaaa..

Aku baca dan tanya nurse, katanya puting melecet 1-2 minggu je, then ok. Tapi aku sebulan ++ ! memang derita tau ! Seriously... anak depan mata, tapi dok pam memanjang. Sampai 1 malam tu, aku try breastfeed baby, oppssss.. sakit sangat ! Tahan nafas je laa..

Aku pun ajak suami pergi kedai, beli Krim untuk Nipple yang Melecet. MEDELA punya. RM25++ kalau tak salah. Bagi aku ia agak membantu. Kenapa dah sebulan lebih aku baru beli. aduhaiiii..

Sebabnya, Nurse kata, sapu je susu kat puting tu, nanti dia sembuh sendiri. Tapi, for me, tak berkesan langsung. Bayangkan sebulan lebih derita, pernah berdarah lagi. Sakit woooo...

Now aku dah ada pengalaman, akan datang, kalau ada rezeki mengandung dan bersalin lagi, aku akan lebih bersedia tentang PENYUSUAN IBU. huhu :)

So, korang aku cadangkan, walaupun korang surirumah macam aku ni, better beli Double Electric Pump, lebih mudah dan jimat masa. Atau at least Single Electric Pump. Aku ada 3 pam !

Nanti aku review 3 pam tersebut. heheee

sekejap aku, sekejap saya. eheeee...


ok lahh.. moga2, Kita dapat menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun. Ameen Ya Rabb

YANG MERINDU,
shima @falahmufeeda

Jemput shopping baju-baju cantik di Falah Mufeeda :)

Instagram: falahmufeeda
Facebook: Falah Mufeeda Collection
https://www.facebook.com/falahmufeeda?fref=ts


1 comment:

  1. Hi, thank share story, puting luka mesti perit sakitnya nak menyusu pun kena ada teknik yg betul sbb takut boleh sampai melecet lagi pedih..Alhamdulilah tak pernah kena lagi. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila puting luka ni..dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh pulih puting luka. nak tambah susu pun ada. InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete