Buat kita yang bergelar wanita
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.
5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.
23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
-------
Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
-------------------------------------------------------------------------------
Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya
SHIMA
013 591 9697
can u see.??
penat .
Tuesday, August 8, 2017
Sunday, August 6, 2017
RESEPI KEK PISANG MUDAH (tanpa mixer)
Assalamualaikum.
Hari ni cuaca agak panas. Tapi alhamdulillah masih ada rumah tempat bertedug
Pergi ke dapur kelihatan 5 biji pisang abu yang suami bawa pulang dari rumah sedara. Shima bisik dekat suami, nak buat kek pisang okay tak ? Beliau okay saja 😄 haha
Maka Shima pun belek resepi dari Azlina. Semua barang ada kecuali Ovalate@ ovalette
Apa lagi, minta tolong suami belikan dekat kedai pembekal bakeri. Eh tutup. Ahad ! Keh3... Takpe, Giant ada sebelah tu
Tiba-tiba Suami call cakap Ovalate tak ada. Shima pula tak pasti nama lain Ovalate. Nak google internet krik krik pulak. Sabar je la
Shima bagi hint ianya pekat likat dan kekuningan. Suami cari dan jumpa Emulsifier. Yeah !! Tepat sekali
Nama lain untuk Ovalate adalah Emulsifier. Kalau korang tak jumpa Ovalate cari Emulsifier ok
Maka marilah kita buat kek. Resepi asal guna mixer. Shima tak ada mixer. Guna blender sikit. Timw tu doa dan tawakal je la harapnya menjadi 😄
Jom intai Resepi Kek Pisang untuk amatur macam saya 😁
Bahan-bahan
Bahan A (diperap)
4 biji pisang abu / berangan / emas
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan B
4 biji telor
1 sudu besar Ovalate
1 cawan gula perang (takda, pakai gula halus pun ok)
1 sudu kecil esen pisang/ esen vanila
1 cawan minyak*
Bahan C (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
CARA-CARA MEMBUAT:
1) Untuk bahan A, lenyek pisang kemudian sukat untuk 1 cawan. Ngam elok 1 cawan , bubuh ke dalam bekas.
2) Letakkan soda bikarbonat ke dalam pisang, gaul rata, tutup dan perap 30 minit
3) Selepas 30 minit, kalau nampak hitam gaul bagi rata lagi dan perap lagi 30 minit
4) Mix semua bahan B kecuali * (minyak) sampai gebu (cebok adunan susah nak jatuh) -- shima pakai mixer.huhu
5) Masukkan minyak ke dalam adunan mixer tadi gaul sebati
6) Matikan mixer. Campurkan bahan A dan C ke dalam adunan mixer. Masukkan secara sikit-sikit dan kacau rata
7) Panaskan oven 5 minit
8) Tuang adunan ke dalam loyang. Hiris nipis pisang, letak atas adunan.
9) Bakar suhu 170 °C selama 45-50 minit / Kukus 45 minit -- shima kukus 1 jam
Siap !! 😋😋😋
Sedap sangat, gebu, moist -- makan panas-panas lagi sedap. Tapi janganlah bawa keluar dari pengukus terus makan. Mau melecur 😂😂
Selamat mencuba 😉😉
----------------------------------------------------------------------
Pengedar sah JRM Petaling Jaya
Shima
013 591 9697
Hari ni cuaca agak panas. Tapi alhamdulillah masih ada rumah tempat bertedug
Pergi ke dapur kelihatan 5 biji pisang abu yang suami bawa pulang dari rumah sedara. Shima bisik dekat suami, nak buat kek pisang okay tak ? Beliau okay saja 😄 haha
Maka Shima pun belek resepi dari Azlina. Semua barang ada kecuali Ovalate@ ovalette
Apa lagi, minta tolong suami belikan dekat kedai pembekal bakeri. Eh tutup. Ahad ! Keh3... Takpe, Giant ada sebelah tu
Tiba-tiba Suami call cakap Ovalate tak ada. Shima pula tak pasti nama lain Ovalate. Nak google internet krik krik pulak. Sabar je la
Shima bagi hint ianya pekat likat dan kekuningan. Suami cari dan jumpa Emulsifier. Yeah !! Tepat sekali
Nama lain untuk Ovalate adalah Emulsifier. Kalau korang tak jumpa Ovalate cari Emulsifier ok
Maka marilah kita buat kek. Resepi asal guna mixer. Shima tak ada mixer. Guna blender sikit. Timw tu doa dan tawakal je la harapnya menjadi 😄
Jom intai Resepi Kek Pisang untuk amatur macam saya 😁
Bahan-bahan
Bahan A (diperap)
4 biji pisang abu / berangan / emas
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan B
4 biji telor
1 sudu besar Ovalate
1 cawan gula perang (takda, pakai gula halus pun ok)
1 sudu kecil esen pisang/ esen vanila
1 cawan minyak*
Bahan C (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
CARA-CARA MEMBUAT:
1) Untuk bahan A, lenyek pisang kemudian sukat untuk 1 cawan. Ngam elok 1 cawan , bubuh ke dalam bekas.
2) Letakkan soda bikarbonat ke dalam pisang, gaul rata, tutup dan perap 30 minit
3) Selepas 30 minit, kalau nampak hitam gaul bagi rata lagi dan perap lagi 30 minit
4) Mix semua bahan B kecuali * (minyak) sampai gebu (cebok adunan susah nak jatuh) -- shima pakai mixer.huhu
5) Masukkan minyak ke dalam adunan mixer tadi gaul sebati
6) Matikan mixer. Campurkan bahan A dan C ke dalam adunan mixer. Masukkan secara sikit-sikit dan kacau rata
7) Panaskan oven 5 minit
8) Tuang adunan ke dalam loyang. Hiris nipis pisang, letak atas adunan.
9) Bakar suhu 170 °C selama 45-50 minit / Kukus 45 minit -- shima kukus 1 jam
Ini je yang sempat ambil gambar. Huhu
Hasil kejadian yang indah nan sedap !
Siap !! 😋😋😋
Sedap sangat, gebu, moist -- makan panas-panas lagi sedap. Tapi janganlah bawa keluar dari pengukus terus makan. Mau melecur 😂😂
Selamat mencuba 😉😉
----------------------------------------------------------------------
Pengedar sah JRM Petaling Jaya
Shima
013 591 9697
Friday, August 4, 2017
Resepi Cucur Manis aka Cucur Kembung simple
Assalamualaikum
Hi semuaaaa ;)
Shima dah masuk umur 26 tahun la 1 Ogos yang lepas. Cepatnya masa berlalu. Terasa tua sangat dah. Hehee
Sempena birthday, Shima hadiahkan diri sendiri Manggo Cheese Cake. Beli dari jiran. Sedap sangat ! Tapi tak berapa rajin nak buat huhu
Tapi kalau cucur manis atau cucur kembung ni pun malas nak buat tak tahu lah. Sebab mudah sangat tau !!
Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas menggelegak
1 1/2 sudu gula (kalau suka manis bubuh 2 sudu)
Secubit garam
Gaul semua sekali dalam 1 bekas. Jangan pakai tangan, melecur Shima tak tanggung ye ! Haha.. Guna la senduk ke sudip ke apa-Ada la untuk gaul bagi sebati
Agak dah suam, bulat-bulatkan dan goreng dalam api sederhana/slow. Jangan kuat,nanti luar garing dalam tak masak 😅😅
Tips penting : masa nak bentukkan jadi bulat, adunan akan melekat di tangan. So, nak bagi tak melekat, pastikan tangan sedikit basah okay sayang semua 😉
1 adunan ni dapat dalam 16 biji cucur kembung. Kalau Shima seorang je sekali hadap 😁
Sedap gila makan dengan air kopi. Nyummm !! Nak makan dengan sambal bilis pun ok. Tapi Shima lagi suka kopi. 😋
Takpe, nanti telan Lecithin + Herblax hehe
Selamat mencuba !
----------------------------------------------------------
Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya
Shima
013 591 9697
Wednesday, July 12, 2017
Resepi Mee Kari mudah !
Mee Kari paling mudah ! 😍
Bila tekak ni teringin sangat nak makan mee kari, tp tak pandai masak, terus wassup mak minta resepi paling mudah, campak2 , xmau yg rumit (sbb rajin sngt, hehee)
Ianya mudah, best, menjadi dan sedap uolsss 😘
Meh shima share resepi simple dan mudah ini 😊
Bahan blend & tumis:
6 sudu bsr serbuk kari
15 bj cabai kering
4 ulas bwg merah
9 ulas bwg putih
Tumis la sampai naik minyak. Then masuk dalam stok daging ke udang ke ayam ke. Huhu.
Pastu ubuh gula,gula merah,gula batu,garam dan santan. Rasa jgn dilupa. Hehee
Sawi, isi ikan , telur rebus,tauhu, ape2 je yg korang suka , blh la disedikan asing @ masukkan terus dalam kuah tu.
Memandangkn makan berdua shj, segala isi ikan dan sayur ku masukkan terus dalam tu, jimat pinggan dan tenaga . Hehe
Resepi Daging Goreng Kunyit mudah
Assalamualaikum

Simple je ni. Alhamdulillah. Sedapppp

Makan bersama nasi panas + telor goreng + kicap manis. Tangan penting sebagai prop 😝
Amboiii.. Lama betul blog ni bersawang. Hari ini baru buka. Hehee.. Sejak anak dah dua ni, peluang untuk pegang laptop amat tipis.
Mujurlah bisnes onlineku tak banyak pakai laptop
Sekali sekala suami la tolong bantu buat FB ads. Haha !
Ok lah. Hari ni teringin nak makan simple je
TING !! Teringat ada daging dalam peti. So nak goreng je. Sedap makan dengan nasi panas-panas . Tambah telor dada dan kicap !
Tapi jangan gelak. Memang wujud je orang yang tak pandai goreng daging 😂
Sape tu ? Aku ke ? Ye la tu 😅
So hari ini, first time buat dan jadi alhamdulillah
Korang jangan gelak pulak. Aku share untuk bantu mereka yang sepertiku. Ahahaha
Cooked with love 💚
Bahan-bahan
Daging potong halus, nipis
Bawang besar potong bulat atau baju
Cabai merah
Bawang putis potong nipis
Kunyit hidup
Serbuk kunyit
Garam
1. Gaul daging bersama garam, kunyit hidup yang ditumbuk, serbuk kunyit
2. Perap at least 15-30 min
3. Goreng terus tanpa minyak. Nanti air daging keluar. Api slow je. Kacau sekali sekala sampai air kering.
4. Bila air kering, bubuh minyak masak dan goreng sampai masak.
5. Then bubuh segala bawang besar, bawang putih, cabai merah. Mewangi nyummm.. Siap tutup api
Dalam periuk, baru tutup api :)

Simple je ni. Alhamdulillah. Sedapppp

Makan bersama nasi panas + telor goreng + kicap manis. Tangan penting sebagai prop 😝
Senang kan. Kalau mak punya resepi lagi best. Guna jintan bagai. Tapi tadi nak cepat, so buat yang paling simple 😊
So,.secara rasmi dah pandai. Hahaha !
Saturday, October 22, 2016
Pengalaman bersalin di Klinik Pakar Dr Raoofah Ipoh
Assalamualaikum wbt.
alhamdulillah, aku dah bersalin anak kedua pada 20 September 2016 yang lepas. walaupun overdue 5 hari, syukur sangat2 Allah bagi aku peluang bersalin secara normal :)
Ikutkan EDD 15 September, tapi apakan daya baby sedap sangat duduk dalam perut kan. hehe..
Post kali ni, aku just nak share gambar2 kat wad aku tidur malam tu lepas bersalin. Memang selesa sangat ! Puas hati.. hehe
katil dekat dengan tandas :)
kerusi dan tempat tidur buat suami yang setia menemani malamku di wad. hehe
lena kemain tido.zzzzz
singki & meja makan depan katil
view dari katil aku
tandas yang disediakan air panas untuk mandi
Setahu aku, kat sini bilik semua single. takda share2 dengan orang lain. so memang selesa la kan.
Pengalaman bersalin anak ke2, akan datang la share. nak simpan kenangan kat blog ni. kot kot nanti anak2 nak baca kan. huhu
ok lah, kalau nak tanya apa2 pasal Klinik ni, call je diorang ok :)
05-5261 997
Monday, August 17, 2015
Anak demam kuning? Apa ikhtiar seorang BAPA?
Assalamualaikum wbt.
Selalu terbaca perkongsian ibu2 berkenaan baby demam kuning
– cara mengatasi dan mengubati. Setakat ni tak pernah lagi terbaca perkongsian
dari seorang bapa sedangkan bapa perlu memainkan peranan yg besar terutama di
saat sang ibu masih lagi dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Suka rasa nak share pengalaman sendiri memandangkan ramai
juga sahabat dan kenalan yang akan menerima cahaya mata tidak lama lagi J
Pada hari ke-2 kelahiran, nurse dari klinik kesihatan yg
datang ke rumah membelek anak sy dengan teliti. Kemudian bersuara “tengok macam
takda kuning. Tapi nanti bawak la pegi cek darah untuk kepastian. Sy pun risau
sebab anak encik ni perempuan, tak cukup bulan, darah jenis O, kene vacuum
pulak masa lahir. Semua ni meningkatkan risiko untuk demam kuning”
Alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy hanya mengalami
symptom awal demam kuning (tak serius)
pd hari ke-3 sehingga ke-5 kelahiran (bacaan 8 dan 5). Kemudian sembuh.
Seriously sy pun risau dan tak sanggup tengok anak sy di
tahan di wad. Jadi adalah beberapa ikhtiar yg sy lakukan dan selebihnya sy
berserah kepada Allah swt.
1) Makanan semasa ibu mengandung: Seingat sy
sepanjang mengandung segala jenis keropok memang sy berjaya halang dari masuk
ke perut wife sy. Cuma pizza kami ada makan dalam 3 kali. Yg ni memang susah
nak elak kerana wife sy memang sgt suka pizza. Cuma yg mampu sy buat adalah
meminimakan.
Kepada para suami cuba elakkan atau paling
tidak minimakan segala mcm jenis junk food dari masuk ke perut wife anda yg
tengah mengandung. Personally sy rasa pemakanan lah factor utama yg memberi
kesan terhadap taraf kesihatan anak2 kita selepas bersalin. Hujahnya zaman mak2
kita dulu demam kuning ni bende yg ‘rare’. Tapi sekarang anak kita ‘rare’ kalau
tak kene kuning. Dan perbezaan utama mak2 zaman dulu dan mak2 zaman sekarang
adalah PEMAKANAN
2) Banyakkan makan makanan seperti kurma, kismis,
air zamzam, gajus, dan lain2 makanan Sunnah. Wife sy memang susah sikit nak
makan kurma, tapi sy paksa jugak. Boleh la berjaya sikit2. Banyak kajian
scientifik yg menunjukkan makanan2 ni memang bagus. Tambahan pula kita sebagai
org Islam mesti yakin sesuatu yg Nabi saw buat tu bukan sesuatu yg sia2
3) Pada minggu pertama kelahiran, kami terpaksa
bagi anak kami susu formula atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Sy mula risau
kerana anak sy tak dapat minum susu yg ‘terbaik’ iaitu susu seorang ibu.
Kemudian terlintas di fikiran sy untuk mencampurkan susu formula ni dengan air
mukjizat Nabi Ismail as ketika bayi yg masih kekal sehingga kini, iaitu air
zamzam. Jadi 50% air panas biasa, 50% lagi air zamzam. Sambil bancuh susu
tersebut juga sy berdoa semoga dengan keberkatan air zamzam, Allah swt
sembuhkan anak sy yg ketika itu sudah ada tanda2 kuning. Ini ikhtiar yg
terlintas dalam kepala sy ketika itu.
4) Kemudian sy juga ada bagi anak sy minum susu
kambing segar. Tapi hanya 2x sebab nampak dia tak berapa suka susu kambing.
5) Alhamdulillah anak sy juga kerap minum susu. Kepada
bapa2, anda WAJIB tahu baby kalau kene demam kuning die akan banyak tido. Anda jangan
la pegi biar je die tido. Pastikan baby anda menyusu at least 2 jam sekali
supaya die kenyang dan cepat sembuh daripada demam kuning.
Pada malam mula nya kami set alarm setiap 2
jam untuk bagi susu. Tapi alarm tak berbunyi lagi anak sy dah ‘berbunyi’ dulu
mintak susu. Hehe. So agak mudah la tugas sy sebab bila badan letih ni kalau
alarm bunyi pun belum tentu jaga. Tapi bile anak bunyi memang akn terjaga.
Memang lebih kurang setiap 2 jam anak sy akn mintak susu. Dan sy pun akan pegi
bancuh susu campuran zamzam sy. (tapi bila keadaan dah mengizinkan, anak sy fully breastfeed)
Percayalah susu ibu adalah yang terbaik,! ditakdirkan juga kakak ipar kebetulan ada di kampong, turut sama membantu menyusukan
bayi kami sekaligus menjadi anak susuan beliau. J
6) Mertua sy juga ada beli ‘mandian kuning’ dari
kedai ubat berdekatan. Bende ni kene bancuh dalam air, kemudian pada bilasan
terakhir bilas anak dengan air kuning tersebut. Maaf, sy lupa mandian tersebut
di perbuat daripada apa. Kalau tak silap, sejenis tumbuhan.
Seingat sy inilah praktikal yg sy buat sepanjang menyambut
kelahiran anak pertama. alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy bebas
daripada demam kuning dan sehingga kini (dah 8 bulan) , anak sy tidak pernah
mengalami sebarang masalah kesihatan selain sedikit ruam susu ketika berumur 2
bulan.
Kepada para bapa dan bakal bapa, tugas anda bukan sekadar bayar
bil hospital bersalin. Tolong main peranan jaga baby anda terutama sekali di
saat isteri anda masih di dalam pantang.
Wallahua’lam.
Mohd Izwann Hashim
Monday, August 10, 2015
Majlis Rumah Terbuka 2015
ASSALAMUALAIKUM WBT. :)
Alhamdulillah, lega sangat sangat, berjaya juga adakan majlis kesyukuran dan open house untuk raya kali ini. First time for me as beginner, semuanya independent tanpa mak wehhhh..
Dengan baby yang asyik nak mengempeng je lagi, hihii.. Mujur ada suami setia membantu kan.
Ok , kali ni saya just nak record sikit preparation untuk open house. Sebab, time beli barang seriously, tak reti nak agak. sobssss.. time masak, alhamdulillah sedang elok cukup untuk semua. Thank You Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAKSA (5KG)
IKAN (2.5 KG)
TIMUN : 2-3 BATANG
CABAI MERAH : 5-6 BATANG
BAWANG BESAR ; 3-5 (Depends on saiz)
LIMAU : 10 biji
TELOR : 15 biji
SALAD ; sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOMYAM
KUETIAW (5KG)
ISI AYAM : 2KG
UDANG : 0.5-1KG (ikut bajet)
SOTONG : 0.5-1KG (ikut bajet)
BUNGA KOBIS ; 1 1/2 biji
CARROT ; 5 biji
TOMATO ; 4-6 BIJI (depends on saiz)
PUTIK JAGUNG: 15 biji
LIMAU ; sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RENDANG AYAM PENCEN
AYAM PENCEN (3KG)
Cukup untuk berapa ketol lemang / nasi impit.
ok shima,. sila baca dan hayati pakej di bawah. hihi
a) 3 biji lemang
b) 2 biji lemang + 6 paket nasi impit
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih kurang macam di atas la, so lepas ni lebih mudah nak prepare barang. hihi :)
Alhamdulillah, lega sangat sangat, berjaya juga adakan majlis kesyukuran dan open house untuk raya kali ini. First time for me as beginner, semuanya independent tanpa mak wehhhh..
Dengan baby yang asyik nak mengempeng je lagi, hihii.. Mujur ada suami setia membantu kan.
Ok , kali ni saya just nak record sikit preparation untuk open house. Sebab, time beli barang seriously, tak reti nak agak. sobssss.. time masak, alhamdulillah sedang elok cukup untuk semua. Thank You Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LAKSA (5KG)
IKAN (2.5 KG)
TIMUN : 2-3 BATANG
CABAI MERAH : 5-6 BATANG
BAWANG BESAR ; 3-5 (Depends on saiz)
LIMAU : 10 biji
TELOR : 15 biji
SALAD ; sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
TOMYAM
KUETIAW (5KG)
ISI AYAM : 2KG
UDANG : 0.5-1KG (ikut bajet)
SOTONG : 0.5-1KG (ikut bajet)
BUNGA KOBIS ; 1 1/2 biji
CARROT ; 5 biji
TOMATO ; 4-6 BIJI (depends on saiz)
PUTIK JAGUNG: 15 biji
LIMAU ; sedikit
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RENDANG AYAM PENCEN
AYAM PENCEN (3KG)
Cukup untuk berapa ketol lemang / nasi impit.
ok shima,. sila baca dan hayati pakej di bawah. hihi
a) 3 biji lemang
b) 2 biji lemang + 6 paket nasi impit
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lebih kurang macam di atas la, so lepas ni lebih mudah nak prepare barang. hihi :)
Subscribe to:
Posts (Atom)













