can u see.??

can u see.??
penat .

Friday, August 4, 2017

Resepi Cucur Manis aka Cucur Kembung simple

Assalamualaikum

Hi semuaaaa ;)

Shima dah masuk umur 26 tahun la 1 Ogos yang lepas. Cepatnya masa berlalu. Terasa tua sangat dah. Hehee

Sempena birthday, Shima hadiahkan diri sendiri Manggo Cheese Cake. Beli dari jiran. Sedap sangat ! Tapi tak berapa rajin nak buat huhu

Tapi kalau cucur manis atau cucur kembung ni pun malas nak buat tak tahu lah. Sebab mudah sangat tau !!



Bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas menggelegak
1 1/2 sudu gula (kalau suka manis bubuh 2 sudu)
Secubit garam

Gaul semua sekali dalam 1 bekas. Jangan pakai tangan, melecur Shima tak tanggung ye ! Haha.. Guna la senduk ke sudip ke apa-Ada la untuk gaul bagi sebati

Agak dah suam, bulat-bulatkan dan goreng dalam api sederhana/slow. Jangan kuat,nanti luar garing dalam tak masak 😅😅 

Tips penting : masa nak bentukkan jadi bulat, adunan akan melekat di tangan. So, nak bagi tak melekat, pastikan tangan sedikit basah okay sayang semua 😉

1 adunan ni dapat dalam 16 biji cucur kembung. Kalau Shima seorang je sekali hadap 😁



Sedap gila makan dengan air kopi. Nyummm !! Nak makan dengan sambal bilis pun ok. Tapi Shima lagi suka kopi. 😋

Takpe, nanti telan Lecithin + Herblax hehe

Selamat mencuba !

----------------------------------------------------------

Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya
Shima
013 591 9697

No comments:

Post a Comment