can u see.??

can u see.??
penat .

Friday, August 4, 2017

Resepi Cucur Manis aka Cucur Kembung simple

Assalamualaikum

Hi semuaaaa ;)

Shima dah masuk umur 26 tahun la 1 Ogos yang lepas. Cepatnya masa berlalu. Terasa tua sangat dah. Hehee

Sempena birthday, Shima hadiahkan diri sendiri Manggo Cheese Cake. Beli dari jiran. Sedap sangat ! Tapi tak berapa rajin nak buat huhu

Tapi kalau cucur manis atau cucur kembung ni pun malas nak buat tak tahu lah. Sebab mudah sangat tau !!



Bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 cawan air panas menggelegak
1 1/2 sudu gula (kalau suka manis bubuh 2 sudu)
Secubit garam

Gaul semua sekali dalam 1 bekas. Jangan pakai tangan, melecur Shima tak tanggung ye ! Haha.. Guna la senduk ke sudip ke apa-Ada la untuk gaul bagi sebati

Agak dah suam, bulat-bulatkan dan goreng dalam api sederhana/slow. Jangan kuat,nanti luar garing dalam tak masak 😅😅 

Tips penting : masa nak bentukkan jadi bulat, adunan akan melekat di tangan. So, nak bagi tak melekat, pastikan tangan sedikit basah okay sayang semua 😉

1 adunan ni dapat dalam 16 biji cucur kembung. Kalau Shima seorang je sekali hadap 😁



Sedap gila makan dengan air kopi. Nyummm !! Nak makan dengan sambal bilis pun ok. Tapi Shima lagi suka kopi. 😋

Takpe, nanti telan Lecithin + Herblax hehe

Selamat mencuba !

----------------------------------------------------------

Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya
Shima
013 591 9697

Wednesday, July 12, 2017

Resepi Mee Kari mudah !



Mee Kari paling mudah ! 😍

Bila tekak ni teringin sangat nak makan mee kari, tp tak pandai masak, terus wassup mak minta resepi paling mudah, campak2 , xmau yg rumit (sbb rajin sngt, hehee)

Ianya mudah, best, menjadi dan sedap uolsss 😘

Meh shima share resepi simple dan mudah ini 😊

Bahan blend & tumis:

6 sudu bsr serbuk kari
15 bj cabai kering
4 ulas bwg merah
9 ulas bwg putih

Tumis la sampai naik minyak. Then masuk dalam stok daging ke udang ke ayam ke. Huhu.

Pastu ubuh gula,gula merah,gula batu,garam dan santan. Rasa jgn dilupa. Hehee

Sawi, isi ikan , telur rebus,tauhu, ape2 je yg korang suka , blh la disedikan asing @ masukkan terus dalam kuah tu.



Memandangkn makan berdua shj, segala isi ikan dan sayur ku masukkan terus dalam tu, jimat pinggan dan tenaga . Hehe


Resepi Daging Goreng Kunyit mudah

Assalamualaikum

Amboiii.. Lama betul blog ni bersawang. Hari ini baru buka. Hehee.. Sejak anak dah dua ni, peluang untuk pegang laptop amat tipis.

Mujurlah bisnes onlineku tak banyak pakai laptop

Sekali sekala suami la tolong bantu buat FB ads. Haha !

Ok lah. Hari ni teringin nak makan simple je

TING !! Teringat ada daging dalam peti. So nak goreng je. Sedap makan dengan nasi panas-panas . Tambah telor dada dan kicap !

Tapi jangan gelak. Memang wujud je orang yang tak pandai goreng daging 😂

Sape tu ? Aku ke ? Ye la tu 😅

So hari ini, first time buat dan jadi alhamdulillah

Korang jangan gelak pulak. Aku share untuk bantu mereka yang sepertiku. Ahahaha

    Cooked with love 💚


Bahan-bahan

Daging potong halus, nipis

Bawang besar potong bulat atau baju
Cabai merah
Bawang putis potong nipis
Kunyit hidup
Serbuk kunyit
Garam

1. Gaul daging bersama garam, kunyit hidup yang ditumbuk, serbuk kunyit

2. Perap at least 15-30 min

3. Goreng terus tanpa minyak. Nanti air daging keluar. Api slow je. Kacau sekali sekala sampai air kering.

4. Bila air kering, bubuh minyak masak dan goreng sampai masak.

5. Then bubuh segala bawang besar, bawang putih, cabai merah. Mewangi nyummm.. Siap tutup api

Dalam periuk, baru tutup api :)


 
 Simple je ni. Alhamdulillah. Sedapppp



  Makan bersama nasi panas + telor goreng + kicap manis. Tangan penting sebagai prop 😝



Senang kan. Kalau mak punya resepi lagi best. Guna jintan bagai. Tapi tadi nak cepat, so buat yang paling simple 😊

So,.secara rasmi dah pandai. Hahaha !



Saturday, October 22, 2016

Pengalaman bersalin di Klinik Pakar Dr Raoofah Ipoh

Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, aku dah bersalin anak kedua pada 20 September 2016 yang lepas. walaupun overdue 5 hari, syukur sangat2 Allah bagi aku peluang bersalin secara normal :)

Ikutkan EDD 15 September, tapi apakan daya baby sedap sangat duduk dalam perut kan. hehe..

Post kali ni, aku just nak share gambar2 kat wad aku tidur malam tu lepas bersalin. Memang selesa sangat ! Puas hati.. hehe

katil dekat dengan tandas :) 

kerusi dan tempat tidur buat suami yang setia menemani malamku di wad. hehe
lena kemain tido.zzzzz

singki  & meja makan depan katil 


view dari katil aku


tandas yang disediakan air panas untuk mandi

Setahu aku, kat sini bilik semua single. takda share2 dengan orang lain. so memang selesa la kan.
Pengalaman bersalin anak ke2, akan datang la share. nak simpan kenangan kat blog ni. kot kot nanti anak2 nak baca kan. huhu

ok lah, kalau nak tanya apa2 pasal Klinik ni, call je diorang ok :)
05-5261 997


Monday, August 17, 2015

Anak demam kuning? Apa ikhtiar seorang BAPA?

Assalamualaikum wbt.

Selalu terbaca perkongsian ibu2 berkenaan baby demam kuning – cara mengatasi dan mengubati. Setakat ni tak pernah lagi terbaca perkongsian dari seorang bapa sedangkan bapa perlu memainkan peranan yg besar terutama di saat sang ibu masih lagi dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Suka rasa nak share pengalaman sendiri memandangkan ramai juga sahabat dan kenalan yang akan menerima cahaya mata tidak lama lagi J

Pada hari ke-2 kelahiran, nurse dari klinik kesihatan yg datang ke rumah membelek anak sy dengan teliti. Kemudian bersuara “tengok macam takda kuning. Tapi nanti bawak la pegi cek darah untuk kepastian. Sy pun risau sebab anak encik ni perempuan, tak cukup bulan, darah jenis O, kene vacuum pulak masa lahir. Semua ni meningkatkan risiko untuk demam kuning”

Alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy hanya mengalami symptom awal demam kuning (tak serius)  pd hari ke-3 sehingga ke-5 kelahiran (bacaan 8 dan 5). Kemudian sembuh.
Seriously sy pun risau dan tak sanggup tengok anak sy di tahan di wad. Jadi adalah beberapa ikhtiar yg sy lakukan dan selebihnya sy berserah kepada Allah swt.

1)     Makanan semasa ibu mengandung: Seingat sy sepanjang mengandung segala jenis keropok memang sy berjaya halang dari masuk ke perut wife sy. Cuma pizza kami ada makan dalam 3 kali. Yg ni memang susah nak elak kerana wife sy memang sgt suka pizza. Cuma yg mampu sy buat adalah meminimakan.

Kepada para suami cuba elakkan atau paling tidak minimakan segala mcm jenis junk food dari masuk ke perut wife anda yg tengah mengandung. Personally sy rasa pemakanan lah factor utama yg memberi kesan terhadap taraf kesihatan anak2 kita selepas bersalin. Hujahnya zaman mak2 kita dulu demam kuning ni bende yg ‘rare’. Tapi sekarang anak kita ‘rare’ kalau tak kene kuning. Dan perbezaan utama mak2 zaman dulu dan mak2 zaman sekarang adalah PEMAKANAN

2)    Banyakkan makan makanan seperti kurma, kismis, air zamzam, gajus, dan lain2 makanan Sunnah. Wife sy memang susah sikit nak makan kurma, tapi sy paksa jugak. Boleh la berjaya sikit2. Banyak kajian scientifik yg menunjukkan makanan2 ni memang bagus. Tambahan pula kita sebagai org Islam mesti yakin sesuatu yg Nabi saw buat tu bukan sesuatu yg sia2

3)   Pada minggu pertama kelahiran, kami terpaksa bagi anak kami susu formula atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Sy mula risau kerana anak sy tak dapat minum susu yg ‘terbaik’ iaitu susu seorang ibu. Kemudian terlintas di fikiran sy untuk mencampurkan susu formula ni dengan air mukjizat Nabi Ismail as ketika bayi yg masih kekal sehingga kini, iaitu air zamzam. Jadi 50% air panas biasa, 50% lagi air zamzam. Sambil bancuh susu tersebut juga sy berdoa semoga dengan keberkatan air zamzam, Allah swt sembuhkan anak sy yg ketika itu sudah ada tanda2 kuning. Ini ikhtiar yg terlintas dalam kepala sy ketika itu.

4)   Kemudian sy juga ada bagi anak sy minum susu kambing segar. Tapi hanya 2x sebab nampak dia tak berapa suka susu kambing.

5)   Alhamdulillah anak sy juga kerap minum susu. Kepada bapa2, anda WAJIB tahu baby kalau kene demam kuning die akan banyak tido. Anda jangan la pegi biar je die tido. Pastikan baby anda menyusu at least 2 jam sekali supaya die kenyang dan cepat sembuh daripada demam kuning.

Pada malam mula nya kami set alarm setiap 2 jam untuk bagi susu. Tapi alarm tak berbunyi lagi anak sy dah ‘berbunyi’ dulu mintak susu. Hehe. So agak mudah la tugas sy sebab bila badan letih ni kalau alarm bunyi pun belum tentu jaga. Tapi bile anak bunyi memang akn terjaga. Memang lebih kurang setiap 2 jam anak sy akn mintak susu. Dan sy pun akan pegi bancuh susu campuran zamzam sy. (tapi bila keadaan dah mengizinkan, anak sy fully breastfeed)

Percayalah susu ibu adalah yang terbaik,! ditakdirkan juga kakak ipar kebetulan ada di kampong, turut sama membantu menyusukan bayi kami sekaligus menjadi anak susuan beliau. J

6)  Mertua sy juga ada beli ‘mandian kuning’ dari kedai ubat berdekatan. Bende ni kene bancuh dalam air, kemudian pada bilasan terakhir bilas anak dengan air kuning tersebut. Maaf, sy lupa mandian tersebut di perbuat daripada apa. Kalau tak silap, sejenis tumbuhan.

Seingat sy inilah praktikal yg sy buat sepanjang menyambut kelahiran anak pertama. alhamdulillah dengan izin Allah swt anak sy bebas daripada demam kuning dan sehingga kini (dah 8 bulan) , anak sy tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan selain sedikit ruam susu ketika berumur 2 bulan.

Kepada para bapa dan bakal bapa, tugas anda bukan sekadar bayar bil hospital bersalin. Tolong main peranan jaga baby anda terutama sekali di saat isteri anda masih di dalam pantang.  
Wallahua’lam.

Mohd Izwann Hashim

Monday, August 10, 2015

Majlis Rumah Terbuka 2015

ASSALAMUALAIKUM WBT. :)

Alhamdulillah, lega sangat sangat, berjaya juga adakan majlis kesyukuran dan open house untuk raya kali ini. First time for me as beginner, semuanya independent tanpa mak wehhhh..

Dengan baby yang asyik nak mengempeng je lagi, hihii.. Mujur ada suami setia membantu kan.

Ok , kali ni saya just nak record sikit preparation untuk open house. Sebab, time beli barang seriously, tak reti nak agak. sobssss.. time masak, alhamdulillah sedang elok cukup untuk semua. Thank You Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAKSA (5KG)
IKAN (2.5 KG)

TIMUN : 2-3 BATANG
CABAI MERAH : 5-6 BATANG
BAWANG BESAR ; 3-5 (Depends on saiz)
LIMAU : 10 biji
TELOR : 15 biji
SALAD ; sedikit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOMYAM
KUETIAW (5KG)

ISI AYAM : 2KG
UDANG : 0.5-1KG (ikut bajet)
SOTONG : 0.5-1KG (ikut bajet)

BUNGA KOBIS ; 1 1/2 biji
CARROT ; 5 biji
TOMATO ; 4-6 BIJI (depends on saiz)
PUTIK JAGUNG: 15 biji
LIMAU ; sedikit

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RENDANG AYAM PENCEN

AYAM PENCEN (3KG)

Cukup untuk berapa ketol lemang / nasi impit.

ok shima,. sila baca dan hayati pakej di bawah. hihi

a) 3 biji lemang
b) 2 biji lemang + 6 paket nasi impit

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang macam di atas la, so lepas ni lebih mudah nak prepare barang. hihi :)

Monday, July 6, 2015

Chocolate Chip Cookies Simple & Mudah :)

Jom intai resepi super mudah ni, pejam mata jeee...
hahaaa.. over, hangus pulak nanti cookies nya. heheee

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CHOCOLATE CHIP COOKIES
(170 biji)

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A

250 g marjerin/mentega
150 g gula halus
150 g gula perang
3 biji kuning telor
1/2 sudu teh esen vanila

BAHAN B

330 g tepung gandum
3 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
2 camca besar serbuk koko

BAHAN C

100 g coklat chip
100 g badam cincang

PENYEDIAAN:

1) Putar BAHAN A sehingga kembang 

2) Ayak BAHAN B. Kemudian Gaulkan BAHAN A & B sehingga sekata.

3) Gaulkan bersama BAHAN C.

$) Bentukkan bulat , letakkan atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin. Bakar dalam oven 170 degree celcius dalam 15-20 minit. Tekstur memang kelihatan lembut, cuma cek bahagian bawah, kalau dah masak ada perubahan color sikit. Then, nanti dah sejuk, dia keras sendiri sebagai cookies. heheee


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ini dia Chocolate Chip campak campak shima :)


SELAMAT MENCUBA !!

Sunday, July 5, 2015

Resepi BISKUT MOCHA, inspired from Biskut Kopi. MUDAH & SEDAP !

Alhamdulillah. dah siap baking 6 jenis kuih :)

Kali ni aku buat 2 jenis kuih baru dan sedap sangat ! Dah la mudah je. Tahun depan nak buat lagi inshaAllah..

Ok.. sebelum itu cuba tengok, inilah BISKUT MOCHA shima. Asalnya biskut kopi, tapi suami pencinta coklat, so aku celup dalam coklat. Jadilah biskut MOCHA. heheee..


Biskut Mocha (Biskut Kopi bersalut Coklat) Nyummm Nyummm..



Ok. mari lihat bahan2 dan resepi membuatnya ya :)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BISKUT KOPI 
(100 biji)

BAHAN-BAHAN:

180 g mentega/marjerin
210 g gula halus
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbok kopi/nescafe/indocafe
360 g tepung naik sendiri

CARA PENYEDIAAN ;

1) Pukul mentega & gula halus hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telor dan pukul lagi.

2) Masukkan esen vanila dan serbok kopi. Gaul hingga rata.

3) Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit hinggan menjadi doh yang yang boleh diterap.

4) Gunakan rolling pin untuk leperkan doh & terap menggunakan acuan kuih disukai. Susun atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin, nak elak lekat lekat ok bebehh..

5) Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit. Pastikan oven dan panas terlebih dahulu ya. Masa masak berbeza mengikut oven masing2, agak2 la ye,,huhu



inilah rupanya sebelum dimasukkan dalam oven. huhu..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

mudah dan simple je kan.

Macam mana nak jadikan sebagai Biskut Mocha ? Celup je dalam coklat.

Beli Chocolate Bar kat kedai, buat double boiler. Dah cair cepat2, celupkan Biskut Kopi dalam tu, then tabur la manik warna warni nak bagi nampak cantik. hikhikkk.. :D

Biarkan biskut yang dicelup seketika, around 15 minit macam tu lah, sebelum dimasukkan dalam balang.