can u see.??

can u see.??
penat .

Tuesday, October 15, 2019

Pengalaman memasang Pendakap Gigi @ Braces pada umur 28 tahun


Assalamualaikum.. hai semua

Semoga yang sedang membaca ni belum pakai braces laaa.. hehe.. so anda semua sempat la tukar decision jika perlu πŸ˜‚

Jangan takut, jangan salah faham. KALAU BACA SAMPAI HABIS INSHAALLAH FAHAM.. Hehee

Okay... sebenarnya dah lama ada niat nak pakai braces since form 2 rasanya.. gigi senget benget tak teratur. Mulut kecik tak cukup space . Berulang alik dari asrama MRSM lenggong ke Klinik Gigi Kuala Kangsar. Hmmmm.. tapi hampeh tiap kali pergi asyik kena cuci gigi.. tak buat pun braces. Saya dah la tinggal asrama. Lepas tu fed up dah πŸ˜‚

Then masuk lagi asrama alam university.. mak tanya nak buat ke. Saya cakap malas la.. cakap muka sendiri dah lawa.. haha perasan teruk. πŸ˜›

Sekarang dah kahwin anak 3.. umur 28. Perhati je gigi ni.. makin terukπŸ˜•nak sembang dgn orang makin segan.. rasa eee annoying je gigi ni.. dah terfikir mesti ada yang meluat tengok gigi ni bila bersembang! Huwaaaa.. stress.. makin dibiar makin teruk rasanya

So agak2  anak ke3 dh besar sikit around 6bulan macam tu nekad la nak pakai braces
So mula la survey harga dan service. Saya tinggal di PJ. Kampung Perak. Survey both area.. memang Perak la menang dan murah !! #Firstmistake πŸ˜‚πŸ˜‚

1) Pergi Klinik , dentist briefing macam mana procedure pakai braces.. kena XTray dulu, buat mould. Dentist anggarkan kena buang 4 gigi sebab ruang terhad πŸ˜…

2) Then bermula la fasa mencabut gigi.. mula2 2 batang gigi atas dan bawah belah kanan

3) next, buang lagi 2 batang gigi atas bawah belah kiri

4) Braces ON!!



Okay ini la rupanya bila pakai braces.. hmmmm.. malu nak share. Tapi saya dulu pun asyik google nk tengok rupa orang lain☺

SAKIT KE PAKAI BRACES?

Ok. First! Make sure sebelum pergi klinik , makan sampai kenyang. Kalau blh kenyang yang mampu berpuasa gituuu..hehe so lepas pasang braces, takde la kelaparan huhu

Time dentist tengah buat tu, tadah je mulut dan nganga. Seriously tak sakit langsung. Dalam sejam untuk pasang Braces. Repeat: TAK SAKIT. Hehee

Habis tu, bila balik dalam 2 jam lepas tu slowly rasa sakit. Ahaha.. tapi jangan la risau. BEARABLE punya sakit. Cuma tak boleh makan yang keras. Hari pertama better go for bubur atau nasi lembik. Lauk ikan atau telor yang tak garing.. biar lembut je.

Biskut pun tak boleh gigit. Bahulu pun tak boleh. Nama je gigi besi. Huhu.. kalau nk makan juga cicah dulu dalam air biar nanti melting je dalam mulut

Dah pakai baru tahu tak bestnyaaa. Mulut rasa berat dan susah nak makan ! Untuk orang kuat makan macam saya ni memang 1 penyeksaan huwaaaa...

Lepas makan, dalam mulut memang bersepah so wajib berkumur dan gosok gigi ! Makan pun biar lah sopan santun. Nanti tercucuk dawai besi tu sakit.

Saya dah seminggu pakai braces ni. Sakit gigi dah berkurang.Awal dulu rasa tegang je. Gigi pun rasa nak tercabut.. huhu.. sekarang memang dah berkurang. Cuma still part nak makan tu la. Tak best. Tak boleh guna gigi depan. Tengah wondering.... kalau 2-3 tahun pakai braces memang tak boleh guna ke gigi depan😬

Tadi goreng ayam KFC , makan slow2  je. Serious rasa tak puas. Hmmm.. nak buat macam mana. Kena hadapi juga.

So, saya nak share point penting buat anda yang BERCADANG NAK PAKAI BRACES πŸ’›

1) Jika anda masih single, better do now -- sebab kalau dah kahwin, anak 3 macam saya, kecik2 pula semuanya sangat mencabar. 3x dah anak2 "terkam" mulut saya tau. Sakit gilaaaa!😭 hari ke3 bracket sampai tercabut. Hmm

2) Pilih Klinik yang mudah dan dekat untuk anda ulang alik ! ----- sangat sangat penting! Sebab kalau bracket tercabut ke, nak pasang kan senang pergi ke klinik tu. Percuma je selagi ada bracket tu laaa.. ni la penyesalan ku di hari pertama pakai braces. Sebab baru tahu tak semudah mana pakai braces. Asyik survey yang murah je. So pilih buat di Kuala Kangsar.. sebab memang tiap bulan balik kampung so not a big deal utk komit appointment klinik. Rupa2 nya kalau berlaku kes bracket tercabut or loose kena pi klinik yg sama. Baru la takda charge lain. Ni kalau berlaku di PJ , kena pergi klinik gigi lain mesti la kena bayar. Sapa nk bg free kan. So sila fikir betul2 k

3) MAKAN KENYANG2 sebelum jumpa dentist -- tak kisah la nak cabut gigi atau pasang braces. Isi tangki perut kasi full..sebab lepas tu mungkin akan rasa susah nak makan.moody. at least perut dah ada isi. Bayangkan kelaparan + struggle mengunyah nak makan. Terseksa tau!

4) Sedia mental dan fizikal -- sebab lepas pakai braces ni rasa macam kurang berseri sikit. Mulut macam jongang ke depan. Tambah2 di permulaan journey pakai braces. Nak tutup mulut kasi rapat pun susah. Sedih wehhh.. segan nak jumpa orang. Segan nak jumpa customer ..malu malu. So bertabahla sampai dah adapt, dah selesa dengan braces, lama2 ok la sikit kan


Nanti saya akan share pula berkaitan Braces lebih detail k. Sekarang ni sebok memanjang. Anak perlu perhatian. Hiiiii..

Kalau nak tanya silakan komen di bawah. Kalau baca, saya cuba jawab k.
Bye ! 😊

Nazhatul Shima
Pengedar Jamu Ratu Malaya JRM Petaling Jaya
013-5919697

1 comment:

  1. Hi, boleh saya tahu klinik apa u pasang braces? berapa yg harga? deposit and monthly berapa u bayar?

    ReplyDelete