can u see.??

can u see.??
penat .

Tuesday, July 26, 2011

Projek Susulan Misi Kemanusiaan UTP di Padang 2011





(29 Julai - 2 Ogos 2011)


Banner KBS Padang.jpg

Sebuah program Khidmat Bakti Siswa sempena Ramadhan Discovery 2011 berupa projek susulan kepada Misi Kemanusiaan yang ulung-ulung kalinya diadakan pada tahun 2010 yang lepas. Sebagai kesinambungan kepada misi yang lalu, misi kali ini mengenalpasti lokasi masa gempa Padang yang berlaku pada 30 Sept 2009 untuk memperlengkapkan sarana dan prasarana masyarakat, pendidikan dan keperluan rumahtangga terutama sekali kawasan Tandikat yang merupakan lokasi paling teruk menerima impak bencana alam tersebut.
Gambar di bawah: Misi Pertama ke Padang

misi padang.jpg

Misi yang lalu telah ikut serta menyediakan kemudahan untuk sekumpulan penduduk yang terpaksa dipindahkan dari kawasan asal mereka yang telah tertimbus dan memulakan hidup baru dalam penempatan baru. Sudah tentu dalam masa yang begitu singkat belum banyak yang mampu mereka buat untuk membina semula kehidupan mereka. Kita berharap sedikit sumbangan yang boleh kita beri kepada mereka bakal membantu mereka dalam mencapai semula tahap kehidupan yang selayaknya bagi mereka.

Dianggarkan RM20,000 diperlukan bagi menampung kos misi ini.

Hulurkan bantuan ke:

Akaun Bank Islam
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4







No comments:

Post a Comment