Hari ni cuaca agak panas. Tapi alhamdulillah masih ada rumah tempat bertedug
Pergi ke dapur kelihatan 5 biji pisang abu yang suami bawa pulang dari rumah sedara. Shima bisik dekat suami, nak buat kek pisang okay tak ? Beliau okay saja π haha
Maka Shima pun belek resepi dari Azlina. Semua barang ada kecuali Ovalate@ ovalette
Apa lagi, minta tolong suami belikan dekat kedai pembekal bakeri. Eh tutup. Ahad ! Keh3... Takpe, Giant ada sebelah tu
Tiba-tiba Suami call cakap Ovalate tak ada. Shima pula tak pasti nama lain Ovalate. Nak google internet krik krik pulak. Sabar je la
Shima bagi hint ianya pekat likat dan kekuningan. Suami cari dan jumpa Emulsifier. Yeah !! Tepat sekali
Nama lain untuk Ovalate adalah Emulsifier. Kalau korang tak jumpa Ovalate cari Emulsifier ok
Maka marilah kita buat kek. Resepi asal guna mixer. Shima tak ada mixer. Guna blender sikit. Timw tu doa dan tawakal je la harapnya menjadi π
Jom intai Resepi Kek Pisang untuk amatur macam saya π
Bahan-bahan
Bahan A (diperap)
4 biji pisang abu / berangan / emas
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Bahan B
4 biji telor
1 sudu besar Ovalate
1 cawan gula perang (takda, pakai gula halus pun ok)
1 sudu kecil esen pisang/ esen vanila
1 cawan minyak*
Bahan C (diayak)
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
CARA-CARA MEMBUAT:
1) Untuk bahan A, lenyek pisang kemudian sukat untuk 1 cawan. Ngam elok 1 cawan , bubuh ke dalam bekas.
2) Letakkan soda bikarbonat ke dalam pisang, gaul rata, tutup dan perap 30 minit
3) Selepas 30 minit, kalau nampak hitam gaul bagi rata lagi dan perap lagi 30 minit
4) Mix semua bahan B kecuali * (minyak) sampai gebu (cebok adunan susah nak jatuh) -- shima pakai mixer.huhu
5) Masukkan minyak ke dalam adunan mixer tadi gaul sebati
6) Matikan mixer. Campurkan bahan A dan C ke dalam adunan mixer. Masukkan secara sikit-sikit dan kacau rata
7) Panaskan oven 5 minit
8) Tuang adunan ke dalam loyang. Hiris nipis pisang, letak atas adunan.
9) Bakar suhu 170 °C selama 45-50 minit / Kukus 45 minit -- shima kukus 1 jam
Ini je yang sempat ambil gambar. Huhu
Hasil kejadian yang indah nan sedap !
Siap !! πππ
Sedap sangat, gebu, moist -- makan panas-panas lagi sedap. Tapi janganlah bawa keluar dari pengukus terus makan. Mau melecur ππ
Selamat mencuba ππ
----------------------------------------------------------------------
Pengedar sah JRM Petaling Jaya
Shima
013 591 9697
No comments:
Post a Comment