can u see.??
Thursday, December 8, 2011
Friday, October 14, 2011
. Our Rights .
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.
8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan mKepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.
Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.
Kepada yang PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.
Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.
Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak untuk dicintai olehmu.... Biarkan dia pergi dan lupakan saja dia.... carilah cinta yang BARU! Membenci kemaksiatan.
Wednesday, October 12, 2011
. menjadi diriku . ^_^
Menjadi Diriku
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku...
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki..
Ni lirik lagu . J
Tuesday, October 11, 2011
Tujuan atas muka bumi
Tujuan atas muka bumi
Wednesday, October 5, 2011
Monday, October 3, 2011
Kelebihan Pahala Umat Rasulullah
Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Musa A.S., yang mana Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampungkan bagi mereka (yang mengerjakan solat subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan Umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar(memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dapat mengintai mereka."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan."
Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa.
Monday, September 12, 2011
Finally....
Tuesday, September 6, 2011
its okay la. takde rezeki.
birthday kakak manis ♥
SELAMAT HARI LAHIR
SITI HAJAR ALI
Tuesday, August 23, 2011
Studylah. !
Monday, August 22, 2011
CAKE pada sem ini.~ ♥♥♥
Menarik dan bermanfaat sepanjang sem ni.~
Friday, August 5, 2011
Tudung B.U.T.Full.~! RM 23 sahaja..~!!
Thursday, August 4, 2011
tQ.. :)
Tuesday, July 26, 2011
Projek Susulan Misi Kemanusiaan UTP di Padang 2011
SECRETARIAT GLOBAL UKHUWAH UTP
No Akaun :
0808-6010014-19-4
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 16, 2011
♥ Forum Baitul Muslim
Panel-panel berpengalaman :
Cr. Hj. Hushim Bin Hj. Salleh
- Seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang perkahwinan, kaunseling keluarga, kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya dan kaunseling kerjaya.
- Aktif mengadakan ceramah-ceramah motivasi peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
- Antara program yang pernah dijalankan adalah program pasca perkahwinan.
Ustaz Kamarul Azmi bin Jasni
- Pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Islam dan Sarjana Peradaban dalam Pendidikan Islam di Universiti Malaya.
- Pakar dalam bidang perundingan penerbitan buku, jurnal dan kertas kerja.
- Antara kertas kerja yang pernah dihasilkan, “Perkahwinan Semasa Belajar: kebaikan dan keburukan dalam Pembangunan Pelajar Universiti”.
- Exco Persatuan intelektual Muslim Malaysia sejak 2009.
- Kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan penyelaras Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia.
Pasangan jemputan :
Askar Triwiyanto dan isteri
Nantikan kedatangan mereka bersama membincangkan
" Kahwin awal , sediakah aku?”
Masuk adalah PERCUMA.!!
Friday, July 15, 2011
Thursday, July 14, 2011
Monday, July 11, 2011
Tahsin Tilawah al-Quran.
Rasakan pengalaman mendalami kemahiran membaca Quran bersama qari ternama , Ust Anuar Hasin, Juara AQ2 dalam Kursus Tahsin Tilawah al-Quran di UTP pada 23 Julai 2011. Pelaburan hanya RM 28 ! ( diskaun dari yuran asal RM 50) untuk membolehkan lebih ramai berpeluang menyertainya. Terbuka untuk sesiapa sahaja yang membaca mesej ini.
Sila hubungi sarfaraz 017 482 6432
Thursday, July 7, 2011
Belum memiliki tafsir Quran.?? Ramadhan dah dekat...
Ingin memiliki Quran & tafsir yang mudah dibawa, senang dibaca dan menarik dipandang ?
Dalam rangka mencari dana Projek Susulan Misi Kemanusiaan di Padang pada 29 Julai - 2 Ogos yang akan datang, saya menawarkan tafsir Quran dengan harga RM35 sahaja. Sebahagian hasil jualan adalah untuk dana misi kami.
Belian para usahawan muda atau Komiti event yang sedang mencari dana dalam jumlah yang banyak, boleh diberikan diskaun sehingga 30 %.